TTS Field Trip @ KL

Friday, February 05, 2010

Pada Sabtu 30 Januari 2010, Tronoh Theatre Shop telah membawa ahli-ahlinya seramai 29 orang pergi menonton Teater Bangsawan Laksamana Cheng Ho yang dipersembahkan oleh Alumni ASWARA di Panggung Bandaraya, Kuala Lumpur. Berikut adalah rentetan perjalanan kami:



8.50 Pagi
Bertolak dari UTP.


9.30 Pagi
Berhenti sebentar di Plaza Tol Simpang Pulai bagi mengambil Penasihat TTS, Doc. Shark.


10.10 Pagi
Singgah di RnR Tapah untuk sarapan pagi.



11.00 Pagi
Bas bertolak dari RnR Tapah.


1.30 Petang
Tiba di Berjaya Times Square. Masa yang ada pada petang itu diluangkan di Times Square.


3.00 Petang
Pertandingan Boling antara ahli-ahli TTS.



6.00 Petang
Bertolak dari Times Square.


6.30 Petang
Tiba di Dataran Merdeka. Mengadakan sesi bergambar di persekitaran Dataran Merdeka.





7.15 Petang
Makan malam di gerai berdekatan.


8.00 Malam
Berkumpul di Panggung Bandaraya.


8.30 Malam
Persembahan Teater Bangsawan Laksamana Cheng Ho bermula. Persembahan dimulakan dengan persembahan nyanyian oleh beberapa penyanyi Alumni ASWARA. Beberapa persembahan selingan (extra turn) turut diadakan dengan persembahan nyanyian oleh beberapa orang penyanyi termasuk Aishah. Selain itu, persembahan sketsa komedi turut dijadikan extra turn.







10.30 Malam
Persembahan tamat.


11.30 Malam
Bertolak pulang dari KL.


3.30 Pagi
Tiba di UTP.




Secara keseluruhannya trip kali ni bertujuan merapatkan lagi hubungan ahli baru dan menimba ilmu dan pengalaman baru dalam percubaan TTS mementaskan bangsawan April ini.