Tronoh Theatre Shop @ Gigs Metro Ahad

Sunday, June 27, 2010

Tronoh Theatre Shop sekali lagi mendapat penghormatan untuk muncul buat kali ketiga dalam sisipan Gigs Metro Ahad. Liputan kali ini adalah bersempena pementasan Tuah Hang Jebat pada tempoh hari dan fokus yang diberikan adalah lebih kepada TTS Mimers. Tahniah buat TTS Mimers untuk kemunculan kali kedua dalam sisipan Gigs Metro Ahad.





(Dipetik daripada HMetro.com.my)

Tak perlu peralatan pentas

WAJAH disolek mengikut kesesuaian watak yang dilakonkan tanpa suara namun mampu menghidupkan jalan cerita, sekali gus menghiburkan penonton.

Mungkin persembahan mime ini agak asing bagi sesetengah orang kerana ia belum diketengahkan sepenuhnya walaupun wujud beberapa kumpulan mime di negara ini.
Walaupun seni persembahan mime bertapak di Malaysia sejak 1990-an, namun ia seolah-olah tidak pernah berkembang.

Bagi menghidupkan persembahan mime, pensyarah di Universiti Teknologi Petronas (UTP), Prof Madya Dr Shamsul Rahman Mohamed Kutty menubuhkan kumpulan mime, Tronoh Theatre Shop (TTS) Mimers yang dianggotai pelajar UTP.


Untuk bacaan lanjut, sila klik SINI

0 kritikan :