Teater Mahkamah Lorong Sempena Law Fiesta 2011 UiTM Merbok

Saturday, February 12, 2011


Aksi kemeriahan penonton dan komiti Law Fiesta UiTM Merbok bergambar kenangan dengan pelakon dan kru produksi TTS Mahkamah Lorong

Teater 'Mahkamah Lorong' arahan Dr Shark telah berjaya dipentaskan di Dewan Utama UiTM Merbok, Kedah pada 11 Febuari 2011 (Jumaat) sempena Law Fiesta 2011! Persembahan ini mendapat respon yang amat positif daripada penonton yang terdiri daripada warga UiTM Merbok. Secara jujurnya, semua Kru Produksi 'Mahkamah Lorong' telah melakukan yang terbaik.

Pembukaan Teater Mahkamah Lorong disambut dengan tepukkan dan sorakkan apabila watak-watak mempamirkan aksi karakter masing-masing di hadapan tirai. Alunan lagu 'Bangau Oh Bangau' mengiringi aksi pelakon dan lagu ini bukan sengaja dimainkan tetap
i membawa mesej utama yang ingin disampaikan kepada penonton.


Aksi kemunculan Parsi di awal babak pertama teater Mahkamah Lorong, memberikan gambaran awal penceritaan teater ini. Parsi adalah salah satu watak utama yang memegang watak golongan berkasta tinggi yang hidup dalam kemewahan.


Kemunculan Kurap juga sebagai watak utama dalam Teater Mahkamah Lorong. Perwatakan Kurap yang manja dan penyayang memikat hati penonton. Reaksi penonton yang cukup meriah menjadikan persembahan ini menjadi gamat dengan sorakkan penonton.


Aksi gagak ditangkap menimbulkan persoalan adakah benar gagak yang bersalah? Untuk mengetahuinya, jangan lupa untuk menyaksikan Teater Mahkamah Lorong di Multi Purpose Hall Universiti Teknologi PETRONAS pada 19 dan 20 Febuari 2011!


Antara aksi mencuit hati Gagak dan kucing Kurap. Aksi Gagak dan Kurap menyerlahkan persembahan Mahkamah Lorong secara keseluruhan. Mahkamah Lorong banyak menerapkan unsur komedi namun membawa mesej yang sarat tentang kemanusiaan dan perkembangan dunia hari ini. Pembawaan teater ini sangat berkesan dan diharapkan penonton mendapat manfaat daripadanya.


Karakter Mak Ayam yang banyak mulut menyerlah dan pelakon membawa watak ini dengan baiknya. Mak Ayam antara watak antagonis dalam teater ini dan menjadi punca atas segala huru-hara yang berlaku di lorong yang dinamakan Lorong Sam Pah Tong.


Kemunculan kambing turut menambahkan kemeriahan dalam Mahkamah Lorong. Watak-watak haiwan dalam Mahkamah Lorong termasuk kambing merupakan idea penulis skrip Mahkamah Lorong, untuk mewakili sesetengah golongan yang berada dalam masyarakat atau di Lorong Sam Pah Tong. Setiap karakter haiwan ini membawa karakter tersendiri dan juga bertanggungjawab mengangkat mesej dalam setiap bait dialog.


Suasana mahkamah di Lorong Sam Pa Tong. Watak-watak lain seperti kanggaroo dan anjing membantu dalam melengkapkan penceritaan Mahkamah Lorong. Seribu penghargaan ditujukan kepada semua komiti Law Fiesta 2011 UiTM Merbok kerana sudi menjemput pihak TTS untuk mementaskan Mahkamah Lorong. Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada semua warga UiTM Merbok yang hadir pada malam itu. Terima kasih juga kepada semua kru produksi Mahkamah Lorong termasuklah pelakon, kru teknikal dan juga penolong pengarah, Amiratul Husna dan pengarah, Dr Shark yang telah berganding bahu dalam menjayakan satu lagi produksi TTS pada awal tahun 2011!

Kemunculan TTS di UiTM Merbok menjadi satu lagi pengalaman yang sangat berharga buat TTS untuk lebih maju pada masa akan datang. Mungkin ini bukan yang pertama dan terakhir untuk TTS mengadakan pementasan di IPTA/IPTS seluruh Malaysia. Diharapkan, TTS dapat menyambung usaha dan perjuangan dengan lebih baik dan lebih mantap pada masa akan datang.

Senarai Produksi Teater Mahkamah Lorong
UiTM Merbok sempena Law Fiesta 2011

Pengurus Projek/Presiden
Hissamuddin

Pen. Pengurus Projek/Naib Presiden
Aisyah Naemah

Setiausaha
Fatina

Bendahari
Ammar

Pengarah
Dr Shark

Penolong Pengarah
Atul

Pengurus Pentas
Acab

Kru Teknikal

1. Pencahayaan - Haikal & Athirah
2. Lampu Sorot - Peto
3. Audio - Xixi & Hisham
4. Kostum/Props - Hasomi, Nuzul, Najmi & Hazim
5. Jurumekap - Cik Mad

Pelakon

1. Kucing Parsi - Farah
2. Kucing Kurap - Ayie
3. Mak Ayam - Mira
4. Kambing - Nazrul
5. Gagak - Sefa
6. Anjing 1 - Ammar
7. Anjing 2 - Zahid
8. Kangaroo - Timmy Ong
9. Lembu/Pemegang skor kad - Anis
10. Lembaga - Atul



Tronoh Theatre Shop mengucap ratusan, ribuan, dan jutaan terima kasih kepada semua produksi Mahkamah Lorong dan juga UiTM Merbok! Kepada semua, jangan lupa untuk menyaksikan pementasan teater Mahkamah Lorong di Bumi Tronoh, Universiti Teknologi PETRONAS! Butir-butir acara adalah seperti berikut:

Tarikh: 19 dan 20 Febuari 2011
Tempat: Multipurpose Hall UTP
Masa: 9Malam
Tiket Masuk: RM5

Cerita memaparkan keadaan sosial di satu lorong yang dihuni oleh gelagat pelbagai jenis binatang.
Ketenangan mereka terganggu dengan pembunuhan seekor kucing Parsi di lorong tersebut. Mahkamah Lorong bersidang untuk mendakwa Gagak pembunuhnya. Gagak telah di dapati bersalah membunuh.

Namun adakah benar gagak telah membunuhnya?

Saksikan sendiri untuk mengetahuinya.

Untuk maklumat lanjut dan tiket masuk, sila hubungi :

Naemah | aisyahnaemah@gmail.com | 017-2337279
Ammar | e.mailasyraf@gmail.com | 013-4043889
Atau layari
http://www.tronohtheatershop.blogspot.com/