Pementasan Teater Mahkamah Lorong di UiTM : Apa Kata Mereka?

Monday, February 14, 2011


Oh ini bukan tajuk Perbahasan Ala Parlimen mahupun Forum Perdana Teater. Tajuk ini khas merujuk kepada komen dan pandangan para penonton yang telah menyaksikan pementasan Teater ML atau Mahkamah Lorong tempoh hari. Pementasan tempoh hari yang berlangsung di Dewan Utama UiTM Merbok, Kedah sempena Law Fiesta 2011, mendapat reaksi lahiriah yang begitu positif dalam kalangan penonton yang terdiri daripada pelajar dan pensyarah UiTM Merbok. Kami amat menghargai komen dan pandangan mereka di dalam blog/laman sesawang persendirian secara sukarela! Maka dengan itu, entri khas ini ditujukan buat mereka lantas memberikan gambaran kepada bakal penonton di Bumi Tronoh hujung minggu ini. Warga Universiti Teknologi PETRONAS dan sekitarnya, selamat membaca. Antara komen dan pandangan daripada penonton di UiTM Merbok, Kedah.


"...Teater Mahkamah Lorong pun start. Ini disampaikan oleh Tronoh Theater Shop, yang dianggotai oleh student Universiti Teknologi Petronas kat Perak, (ok skali lagi fiuuuyooohhh!!!).
Teater ni sesuailah jalan ceritanya dgn budak2 law ni kan. Tajuknya pun Mahkamah Lorong. Mmg superb!
Gila best macam heaven! Haha. Aku jatuh cinta dengan watak si Gagak! Entahlah, dia macam charming gtuh walaupun last skali Si Gagak mati juga sbb dituduh membunuh kucing Parsi. Malam tu aku tdo asik terigt si gagak ja!
Ape2 pun haiwan2 tu mmg comel gilak lagi2 masa mereka berjoget-joget pada awal cerita bermula, diiringi dgn lagu bangau oh bangau. Boleh bayangkan? Epiiiinyeee..=)
Balik dari tgk teater tu, mmg tak sudah2 aku tersngih sorg2.
Haha, Dan esoknya aku berjaya reveal out siapa si gagak melalui FB serta dpt berknl-knln dgnnye!Haha. Bangga gtuh!!!Tpi mmg tak dinafikan mereka sume mmg hebat terutama si gagak! "



"Law Fiesta best. Mahkamah Lorong BEST, Affi Idham dan Teater Generation best!, semua-semua ah best. paling best tang exhibition. hehehe.
tahniah kat kome yang group-group lain bertanding exhibition tu.
aku dah mula tunggang terbalik-lah. adoih.
p/s; okeh ah, aku stop. kucing kurap gagak hitam, aku bukan nak berpantun pung. hahaha. jk."



"dk kalut nk ciap asgment ni ,pre law club ade wt law fiesta..tp sayo xdey nk participate mano la mugo cbuk tu gak(bz ngan asgment + tdow + ngoya-termenung memikirkan mase depan..kah3) ..tp dey la sayo g tgk teater male tu skali nga tgk prsembahan finalis talent show..oh yeah3 meme puah ati la sayo dgn byr tiket 10ya tu..teater mahkamah lorong oleh sep2 UTP ni meme superb!buleh wt sep kawe suko selok guling2 ctu..good job!!meme idop la watak masing2..jln cto pon bgus pasal dunio manusia ari ni tp dterjemahkn dlm kehidupey natey2.."ohh parsi abang"~~haha..ni 1st sayo tgk teater awop n sayo aso sgt la puas not puah(laen mksud tu puas nga puah)..huhu.."



"Gua bukanlah 'in' sangat scene - scene teater ni tapi bila krew-krew teater dari Tronoh teater datang ,gua terpaksa mengaku yang diorang ni hebat sebenarnya.hahah.Gua kenal nama Tronoh Theater Shop ni pun masa Tembang di Kuale di Kuala Kangsar ,itupun masa gua tengok dekat poster.Walaupun nama TTS ni tak lah segah nama Rumah Anak Teater,gua rasa potensi mereka untuk terkenal di seluruh Malaysia sangatlah tinggi.Gua cuma nak bagitahu satu perkara je kat sini,kepada sesiapa yang belum pernah menonton teater yang dipentaskan oleh TTS ni,cepat cepatlah pergi beli tiket sementara harga tiket masih berpatutan.Bukan apa ,gua takut 2 ataupun 3 tahun yang akan datang,harga diorang ni dah semakin tinggi dan korang semua yang masih belum mononton teater diorang ni hanya mampu untuk melihat dari luar tingkap sahaja.haha."


"...dan malam semalam teater oleh Tronoh Theatre universiti teknologi Petronas.tajuknya mahkamah lorong.bestt untuk saya yg 1st time tgk teater. "



"Bukan manusia yang salah . Tagline teater Mahkamah Lorong . Pementasan yang lucu , sinis dan menarik . Sesekali terasa tamparan sinis melalui dialog yang cuba disampaikan . Seperti gua mengemaskini status Facebook gua , " Tiada manusia dari kalangan binatang , tapi banyak 'binatang' dalam kalangan manusia" . Ya , dan gua rasa ianya benar . Yang cuba dimaksudkan adalah sifat kebinatangan dalam diri manusia , bukan maksud manusia adalah binatang . Harap maklum . Dalam gelak , ianya membuat gua terfikir sejenak mesej yang cuba disampaikan oleh mereka . Konklusi , teater , sebenarnya , bukan binatang yang salah , tapi manusia . Kerana , manusia punyai akal fikiran tapi tidak pada binatang . Thumbs UP untuk Tronoh Shop ! Pementasan yang penuh makna tersirat ."


"next!
lagi yang gempak masa law fiesta tu is ART EXPRESSION!
oke,
malam tu *function ni d buat time mlm* ade TALENT SHOW & pementasan teater MAHKAMAH LORONG by TRONOH TEATER SHOP which is students dr UNIVERSITI TEKNOLOGI PETRONAS.
mmg sgt impressive la dorg punye show!
x menyesal aku beli tiket mahal2. *mahal ke??*
RM10 je baiii..
tp kualiti show ni ngalahkan filem 2 ALAM wa ckp luuuu...
ini dia MAHKAMAH LORONG..
tadaaaaa~oke,nak cita siket pasal teater ni.
actually, ini kisah pasal asam garam dunia yang kadang2 x adil.
x adil maksud aku bila yg baik jd mangsa si jahat yang licik.
kalau kita tengok secara realitinya pn,
mmg kadang2 sistem perundangan dunia ni x adil.
yang jahat x dapat apa yg sepatutnya dorg patut dapat.
yang bagusnya cerita ni,dorang present jalan cerita yg nmpak berat ni dalam bentuk kehidupan haiwan.
so resultnya,cerita ni nmpk sgt santai and sah2 la buat gua x kering air mata gusi."



"sudah pandai jatuh hati lepas tonton theater MAHKAMAH LORONG hasil kerja TRONOH THETER SHOP dari UTP. watak yang bagus dari semua. tapi, paling jatuh hati dengan si kucing kurap dan si gagak (aaaakkk!aaaaaakkk!) . punya maksud tersirat yang banyak.berbaloi RM10 yang dikeluarkan....9/10 bintang ! rupanya mereka 'binatang' yang ramah-ramah belaka.(:kalau ada keinginan nak jemput mereka untuk buat show di tempat korang, klik sini. saya berani jamin!mereka terbaek.! rugi pada yang tak dapat datang. RUGI!(x"


Terima kepada semua yang telah memberikan pandangan dan komen pementasan Teater Mahkamah Lorong tempoh hari. Pihak Tronoh Theatre Shop sangat menghargai terhadap sambutan dan layanan yang terbaik yang telah diberikan oleh pihak komiti Law Fiesta 2011 UiTM Merbok dan semua penonton!


6 kritikan :

Titi said...

rasa bangga gila ada aku punya komen dalam blog TTS ni.terima kasih la sebab publishkan ye.bak kata acab>(mata ke atas tangan di dada).hahak

NaMiA_DuHi said...

congrats to u all,mmg best..=)
mahu ikuti perkmbngn anda smua slps ni,insyaallah..^_^

nanawynnejones said...

bertandang.eh link sy di situ! :)

[ acabond ] said...

terima kasih titi tata tutu haha
terima kasih namia_duhi
terima kasih nanawynnejones

Appreciate ur comments :)

Pegawai Khalwat said...

Tahniah! Tak tau pun show kat Merbok, kalau tidak boleh turun tengok sekali.

Anonymous said...

tahniah semua!! :)))