Melody of Mimes dan Teater Mahkamah Lorong: Kini di Kuala Lumpur!

Wednesday, June 29, 2011


Tronoh Theatre Shop UTP dengan kerjasama, JKKN, UTP dan Taman Budaya KL mempersembahkan


(1) TEATER MAHKAMAH LORONG
Karya Dr Shark dan Arahan Atul

Sinopsis:
Cerita memaparkan keadaan sosial di satu lorong yang dihuni oleh gelagat pelbagai jenis binatang.Ketenangan mereka terganggu dengan pembunuhan seekor kucing Parsi di lorong tersebut. Mahkamah Lorong bersidang untuk mendakwa Gagak pembunuhnya. Gagak telah di dapati bersalah membunuh. Namun adakah benar gagak telah membunuhnya?

Review:
Mahkamah Lorong bongkar ketidakadilan. Mahkamah adalah tempat mencari kebenaran. Namun, ada ketikanya berlaku ketidakadilan dalam perbicaraan membuatkan seseorang tidak bersalah menerima hukuman.

Itulah tema diangkat dalam teater Mahkamah Lorong arahan Profesor Madya Dr Shamsul Rahman Mohamed Kutty (Dr Shark) dipentaskan di dewan serbaguna, Universiti Teknologi Petronas (UTP), Perak, pada 19 dan 20 Februari lalu.

Menerusi teater dibintangi ahli Tronoh Theatre Shop (TTS) itu, kisah ditonjolkan mengambil latar sebuah lorong, Jalan Sam Pah Tong yang didiami pelbagai haiwan.

Pelakon yang memegang watak Gagak, Syafiq Faliq Alfan berkata, kehidupan binatang di lorong itu berubah apabila berlaku insiden yang merosakkan keharmonian mereka.

“Terdapat pelbagai haiwan mendiami Jalan Sam Pah Tong termasuk Gagak, Kurap, Mak Ayam dan Parsi. Setiap haiwan membawa karakter tersendiri dan bertanggungjawab mengangkat mesej dalam setiap bait dialog.

“Suatu hari, pembunuhan Parsi seekor kucing mewah kegilaan Gagak dan Kurap menjadikan komuniti binatang itu kucar-kacir dan tertanya-tanya siapa yang membunuh Parsi,” katanya.

Menurutnya, hasil siasatan membawa kepada penangkapan Gagak yang kemudiannya dibawa ke Mahkamah Lorong untuk perbicaraan.

“Semua saksi dipanggil mengemukakan bukti yang menghala kepada Gagak sebagai pembunuh.

“Gagak tidak bersalah mengamuk, namun akhirnya Gagak dan semua binatang lain ditembak mati dalam Ops Gagak. Watak yang merancang semuanya, Mak Ayam yang didalangi lembaga hitam sebagai ‘master mind’ yang tidak diketahui hingga ke akhir pementasan,” katanya.

(2) THE MELODY OF MIMES
Karya dan arahan Ash dan Acab

Menampilkan persembahan mime (seni tanpa suara) dengan menjadikan lagu atau muzik sebagai medium penceritaan. Pastinya mencuit hati dan menghiburkan.

TEMPAT: AUDITORIUM TAMAN BUDAYA KL
(Bersebelahan balai polis trafik Jalan Tun HS Lee)
SLOT PERSEMBAHAN
16 JULAI 2011 (8.30 PM)
17 JULAI 2011 (3.00 PM)
TIKET: RM 10

Bagaimana hendak ke sana?

Klik untuk tumbesaran

Untuk tempahan sila hubungi:
Mila (013-9485545)


1 kritikan :

Asyraf Maskan said...

eh mana budak tts? hehehhehe