Teater MAR-DAY Sempena 'Forum Lambaian Merdeka' 2011

Saturday, September 3, 2011


Alhamdulillah, Tronoh Theatre Shop telah berjaya mementaskan sebuah teater pendek sempena 'Forum Lambaian Merdeka' sempena Hari Kemerdekaan negara Malaysia yang ke-54 bagi tahun 2011. Acara ini dianjurkan oleh Seketariat Rukun Negara Universiti Teknologi PETRONAS, dan diadakan secara langsung di Dewan Utama UTP (atau nama Inggeris-nya Main Hall UTP). Dengan keberkahan bulan Ramadhan, maka dengan itu turut dianjurkan International Iftar pada sebelah petang pada 20 Ogos 2011, yakni jatuh pada hari Sabtu. Secara amnya, dengan objektif yang agak klise, namun amat penting iaitu bagi menanam penghayatan definisi merdeka itu sendiri dalam konteks Islam. 3 orang panel dijemput bagi mencapai misi forum tersebut.

Bertepatan dengan tema kemerdekaan, hasil karya SEFA (nama pena) dipentaskan dan datang dengan tajuk 'MAR-DAY'. Teater pendek dengan durasi 10 minit ini, mengisahkan tentang sebuah keluarga pokok, memikirkan tentang resipi membuat nasi goreng yang merupakan salah satu resipi makanan turun temurun generasi yang lalu. Pada ketika itu, diceritakan keluarga ini wujud dalam latar masa yang telah melalui transformasi budaya atau dengan kata lain, masa akan datang. Pelbagai jenis ramuan dibincangkan dan merupakan simbolik dengan percampuran budaya dalam Malaysia. Teater ini ringkas dan mudah difahami.

Teater 10 minit ini adalah persembahan sampingan, namun menutup majlis dengan harapan dapat mengisi jiwa generasi-generasi yang hadir dalam majlis tersebut dengan beberapa mesej penting yang secara sengaja ingin disampaikan. Terima kasih kepada semua mini kru-produksi bagi pementasan teater 'MAR-DAY'. Berikut merupakan senarai mini produksi ini:

Teater MAR-DAY

Pengarah/Penulis - Syafiq Effendi Faliq Alfan (SEFA)
Garren Ace sebagai Pencerita
Nazrul Salleh sebagai Papa
Nur Gummy Syuhada sebagai Mama
Azizi Aziz sebagai Boboi

Pengurus pentas - Hazim Halimi (Bunkface)
Audio/Kesan bunyi khas - Ibrahim Fikri (Abu)
Lampu sorot - Shahir Saffuan (Boss)
Lampu pentas - Baal Ahmad (Ali)

0 kritikan :