Asylum di Chancellor Hall UTP Pulaaakkkk !

Friday, November 21, 2014


Atas permintaan ramai warga-warga UTP yang awesome lagi supportive, seminggu selepas persembahan di Yogyakarta, Indonesia, TTS telah mementaskan semula Asylum di Chancellor Hall
[CH] Universiti Teknologi Petronas bersempena dengan UTP HAXSCAPE 2014.
UTP HAXSCAPE 2014 dijalankan selama dua hari. Hari pertama pada 14 November 2014 di panggil UTP MUSIC FESTIVAL manakala hari kedua ialah UTP THEATRE FESTIVAL.

Terdapat 4 persembahan pada malam UTP THEATRE FESTIVAL ini iaitu daripada Kumpulan Kelam [ MAMAK THE HANG TUAH ], Ash in the Ashes [THE DIVA SHOW], tarian kebudayaan daripada UPAG dan Tronoh Theatre Shop [ASYLUM].

Terdapat beberapa line up baru yang menggantikan para pelakon untuk pementasan kali ini seperti kemunculan Pakcik, Anak Pakcik, wartawan, dua orang penonton dan Uncle Sam.

Sekalung tahniah kami ucapkan buat semua pelakon lama dan baru atas usaha anda dalam menjayakan persembahan ini! Jutaan terima kasih diucapkan buat Encik Mohd Rizal bin Hamdan Timbalan Pengarah JKKN Penang kerana sudi datang melihat persembahan kami pada malam tersebut.

 Pak Cik dan atenden

  Uncle Sam

 
    Fura panda, wartawan, camera man, mat merah, mat hijau, baby

polis

    Tarian Ridola

  YB merasuah polis

  Aksi menangkap gambar

                                                           Group photo !

0 kritikan :