Pada 3 November - 7 November 2014, seramai 12 orang wakil daripada TTS telah melibatkan diri dalam the 5th International Art Festival 2014 di Pusat Pengembangan dan Pemberdayaan Pendidik dan Tenaga Kependidikan Seni dan Budaya (P4TK), Sleman, Yoyakarta, Indonesia. Festival Seni yang berlangsung selama 5 hari telah disertai oleh wakil dari pelbagai negara seperti Mesir, Malaysia, Timor Leste, Sepanyol, Jerman, Brazil, Filipina dan Polandia.
Tronoh Theatre Shop telah mengangkat karya Asylum hasil garapan Dr Shark untuk dipersembahkan di sana. Sedikit perubahan dilakukan pada kata nama dan cara pertuturan dengan mengadaptasikan Bahasa Indonesia bagi memudahkan warga Yogyakarta memahami jalan cerita namun masih terdapat kesulitan sedikit bagi mereka berikutan dengan beberapa terms khas seperti "Jabatan Hasil Dalam Negeri". Namun begitu, pelbagai respon positif diberikan oleh penonton selama persembahan dijalankan.
Pada 6 November 2014, ulasan mengenai persembahan Tronoh Theatre Shop telah dikeluarkan dalam akhbar Kedaulatan Rakyat.
Terdapat juga ulasan di laman web P4TK
http://www.pppgkes.com/index.php?option=com_content&view=article&id=522:teater-malaysia-tampil-seronok-&catid=82:pertunjukan&Itemid=213
Setinggi penghargaan kami ucapkan buat Pak Eko, seluruh krew produksi festival seni, Cik Winda dan bapak pemandu yang telah menjaga kebajikan para peserta selama kami berada di sana. Tidak lupa juga kepada Danial daripada Kumpulan Tomato dari PenangPac yang turut beraksi di pentas sebagai wartawan.
aksi pengedar dan penagih
aksi para pelakon menari lagu Ridola
aksi mak cik dan attenden
aksi penagih dan polis
mak cik
penagih
mat merah dan hijau
0 kritikan :
Post a Comment