Persembahan Teater "JALUD"

Tuesday, April 26, 2016


Tronoh Theatre Shop kembali lagi ke Kuala Lumpur! Jangan lepaskan peluang ini untuk menyaksikan persembahan teater terbaru kami  "Jalud" karya Dr Shark dan arahan Leya Bahri. Nantikan persembahan kami!!!

Tempat: Auditorium Kompleks JKKN WPKL, Jalan Tun HS Lee
Masa: 8.45 mlm
Tarikh: 20 - 21 May 2016 (Jumaat & Sabtu)
Tiket: RM15 (dewasa) and RM10 (kanak-kanak)
Untuk pertanyaan: Haziq (0145889036)

Sinopsis: Teater yang mengisahkan Amir, seorang "ventriloquist" yang telah kehilangan kerjanya. Patungnya, Jalud yang selama ini menjadi sumber pendapatannya di dapati mula menghantui jiwa Amir. Individu lain dalam kehidupan Amir turut mula terganggu. Bibik, si orang gaji mula terasa kehadiran sesuatu yang aneh. Perhubungan Amir dengan isterinya pula mula renggang dengan kehadiran Zaid, kawan karibnya yang di syaki mempunyai hubungan sulit dengan Farah, isteri Amir. Saksikan kesudahan cerita yang berunsurkan komedi thriller ini.

"Jalud" adalah karya terbaru Dr Shark. Dipentaskan pertama kali di Universiti Teknologi PETRONAS pada Mac lalu, kini TTS membawakan anda Jalud di Kuala Lumpur pula! Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikannya.

#Jalud


 

0 kritikan :