TTS Kembali Lagi Dengan Dendam Maharani

Tuesday, April 11, 2017





Setelah mempersembahkan Istana Keadilan pada November lepas, Tronoh Theatre Shop kini kembali dengan sebuah teater baru berjudul Dendam Maharani. Sebuah skrip baru hasil karya Dr. Shark, teater ini merupakan sebuah cerita asal kepada teater Istidraj Maharaja Beruk, di mana asal usul di sebalik kejadian Maharaja Beruk diceritakan dengan lebih mendalam.

Dendam Maharani, seperti Istidraj Maharaja Beruk dan Putera Sangkar Maut, mempunyai tema ala-ala teater bangsawan dan berlatarkan suasana istana. Teater ini berkisarkan kisah cinta tiga segi berselang dengan politik istana serta muslihat si Maharani dalam melunaskan dendamnya.
Jangan lupa untuk saksikan Dendam Maharani pada hujung minggu ini!

Lokasi: Dewan Utama,Universiti Teknologi Petronas, Bandar Seri Iskandar, Perak (klik untuk ke Google Maps).
Tarikh: 15 & 16 April, 2017.
Masa: 8.45 P.M.
Tiket: RM7.00 (dewasa) dan RM5.00 (kanak-kanak 12 tahun ke bawah serta pelajar sekolah).
Acara Facebook: Klik di sini

Jika anda tidak berkesempatan pada hujung minggu ini, TTS akan membawa teater ini ke Kuala Lumpur juga! Jadi, jangan lepaskan peluang ini.

Tarikh: 20 & 21 Mei, 2017.
Masa: 8.45 P.M.

Tiket: RM15.00 (dewasa) dan RM10.00 (kanak-kanak 12 tahun ke bawah serta pelajar sekolah).

0 kritikan :