POST-SHOW DENDAM MAHARANI

Thursday, June 1, 2017


Hi guys! First of all, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penonton yang hadir ke teater Dendam Maharani baik di UTP mahupun di JKKNKL. Dendam Maharani mendapat komen yang positif dari pihak penonton. Ada juga diantaranya memberi komen untuk meningkatkan lagi mutu persembahan. Apa-apa pun kami amat berbesar hati kerana menerima komen dari anda. Semoga persembahan seterusnya lebih berkualiti dan menarik.

Meskipun persembahan di UTP dan di Kuala Lumpur mempunyai pertukaran pelakon, persembahan kami masih diteruskan dan kualiti penyampaian tidak sama sekali terjejas. TTS amat berterima kasih kepada para pelakon dan kru-kru dalam menjayakan teater ini meskipun terdapat sikit pertukaran pelakon utama.

Kami juga ingin berterima kasih kepada warga-warga teater yang sanggup datang dari jauh semata-mata untuk menonton persembahan kami. Tidak lupa juga adik-adik dari Sekolah Menengah Sains Tapah (SESTA) yang rajin datang naik bas malam-malam dari Tapah ke Seri Iskandar untuk menonton Dendam Maharani.




Bukan itu sahaja, teater ini telah dibawa ke sebuah perkampungan di Bota, Pulau Misa sebagai sketsa pendek bagi program yang dianjurkan oleh pelajar UTP di sana. Menarik sungguh apabila warga-warga di sana sungguh terhibur dengan persembahan sketsa pendek tersebut. 



Kami sungguh bertuah mendapat penonton yang terhibur dan mendapat input yang cuba disampaikan di sebalik kisah ini. Kebanyakan penonton menggemari watak Maharani yang angkuh sepanjang persembahan ini, Memanda pengikut setia si Maharani, Bendahara yang jujur dan Inang yang dianiaya. Maharaja negara ini pula telah berkahwin dua dengan Mawar si gadis jelita dari kampung. Tidak kurang juga watak Si Timah yang suka bergurau dengan Mak Kiah dan Omar. Nujum temberang yang amat menakutkan. Secara keseluruhannya, watak-watak di dalam persembahan ini semuanya hidup.




















Kami amat berbesar hati menerima kunjungan penonton semua..
ini menunjukkan ramai diantara kita sudah mula menyukai teater..

Sebahagian komen dari penonton teater 'Dendam Maharani'...









0 kritikan :