SELAMAT HARI RAYA!

Sunday, June 25, 2017





SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN!


Assalamualaikum dan salam sejahtera kami ucapkan kepada kaum muslimin dan muslihat di seluruh dunia. Semoga kita dilimpahkan dengan segala rahmat dan kurnianya agar Aidilfitri kali ini lebih diberkati. Insya Allah. Diharapkan segala amal ibadat kita dalam bulan Ramadhan kali ini diterima dan diberkati. Jangan lupa memohon maaf sesama sanak saudara dan rakan-rakan ya. Hati-hati memandu kereta, moga sentiasa di bawah lindungannya walau dimana jua kita berada. Jangan makan banyak sangat ya, nanti koyak baju raya. Tak pasal-pasal. Kepada yang dapat duit raya tu lebih baik simpan, untuk masa depan. Kalau nak guna juga? Apa lagi janganlah makan sorang2 bawak2lah belanja kawan2 tu ye. Kalau ada kuih muih, rendang, serunding, lemang buatan negeri mana, mak siapa2 buat, beli kedai ke, mohon bawalah sikit untuk dijamu rakan2. Sedap tak sedap belakang cerita. Orang kata jangan tolak rezeki. Jadi semoga setiap amal ibadat kita di bulan Ramadhan tak terhenti setakat bulan Ramadhan sajalah ya. Istikamah. Moga diketemukan dengan Ramadhan akan datang. Eh jangan lupa ganti puasa pula ya mana yang terasa  tu. Haha. Mohon maaf mohon ampun andai tersalah bicara terkasar kelakuan. Sentiasa doakan dan menyokong kami dari Tronoh Theatre Shop. Wassalam.

p/s : kalau ada jamuan raya silalah jemput. =)


0 kritikan :