Good news guys! TTS akan tampil dengan sebuah cerita baru
lagi. Menggunakan konsep yang agak berbeza kali ini. Konsep realistik. Awal
& Mira adalah sebuah cerita yang wajib ditonton. Penghayatan serta nilai
moral yang terdapat di dalam pengceritaan ini adalah sangat mengagumkan. TTS
sangat berbesar hati untuk menggunakan cerita Awal & Mira, sebuah drama
satu babak karya Utuy Tatang Sontani sebagai salah sebuah persembahan Tronoh
Theatre Shop. Skrip ini telah diubahsuai bagi menvariasikan watak dan
penceritaan yang lebih menarik. Nak tahu apa yang variasinya dan berbezanya
skrip ini, apa lagi, marilah datang tonton persembahan kami.
Sedikit info tentang karya menarik ini...
Naskah drama ini pertama kali dimuat dalam majalah Indonesia, Ogos 1951 dan September 1951. Ketika dimuat dalam majalah tersebut, naskah drama ini mandapat hadiah dari BMKN sebagai drama terbaik tahun 1952. Naskah drama itu kemudian diterbitkan dalam bentuk buku oleh Balai Pustaka 1957. Sejak itu drama ini sering dipentaskan.
Apa sebenarnya kisah disebalik Awal & Mira ni?
Naskah drama ini pertama kali dimuat dalam majalah Indonesia, Ogos 1951 dan September 1951. Ketika dimuat dalam majalah tersebut, naskah drama ini mandapat hadiah dari BMKN sebagai drama terbaik tahun 1952. Naskah drama itu kemudian diterbitkan dalam bentuk buku oleh Balai Pustaka 1957. Sejak itu drama ini sering dipentaskan.
Apa sebenarnya kisah disebalik Awal & Mira ni?
Awal & Mira sebuah penceritaan yang
berlatar belakangkan zaman selepas perang kemerdekaan. Manusia yang hidup di
zaman ini sudah hilang semangat patriotisme dan jati dirinya. Kebanyakan hanya
menerima sahaja apa yang disuap dan bercakap tanpa berfikir terlebih dahulu.
Awal, seorang pemuda bangsawan yang mempunyai jati diri yang kuat telah jatuh
cinta dengan Mira, seorang gadis kampung yang juga seorang penjaga warung kopi.
Mira adalah seorang gadis cantik dan sikapnya disenangi para pengunjung warung
kopi miliknya. Ramai lelaki yang tertawan dengannya dan cuba menggodanya namun
Mira tidak melayan mereka dan tetap berpegang teguh dengan prinsip agamanya.
Mira juga bukan jenis yang mudah terpengaruh dengan perkara yang tiada
faktanya. Oleh itu, Awal beranggapan bahawa Mira adalah wanita dan manusia yang
paling sempurna dan sesuai untuknya. Manusia lain di sekitarnya hanyalah
manusia yang mudah terpengaruh dengan kata-kata orang dan tidak berprinsip.
Berkali-kali Awal cuba memujuk Mira bertemu di luar kedai untuk bercakap soal
hati namun Mira mengabaikannya dan cuba mengelak. Dia begitu sedih dengan sikap
Mira, ditambah pula dengan orang sekitarnya yang tidak memahami. Lama-kelamaan
dia berasa Mira hanya mempermainkan dirinya. Apakah cinta mereka bersatu
akhirnya? Di dalam kelompok manusia yang pemikirannya sudah tertutup dan
pandangannya dikaburi , adakah benar Mira bukan seperti orang lain?
Jadi apa lagi saudara saudari sekalian? Sudah tidak sabar? Kami
akan umumkan kemunculannya nanti?
Jangan lupa untuk keep
in touch dengan kami ya?
Sekian.
0 kritikan :
Post a Comment