30 Mei -Sabtu (Hari Kedua)

Sunday, May 31, 2009

“Seperti kangaroo yang melompat..” begitulah kata-kata yang diucapkan oleh Shafiq lantaran melihat Azizi atau nama timangannya Jiji melompat kanggaro pada sesi latihan fizikal pagi ini. Latihan fizikal dijalankan pada setiap pagi untuk meningkatkan stamina para pelakon (termasuk para teknikal krew) demi menghadapi pertandingan teater yang akan berlangsung tidak lama lagi. Pada pagi ini, latihan dimulakan dengan sesi memanas badan dan tai chi diketuai oleh Anwar. Kemudian para pelakon dikerah berlari di keliling Padang Oval Universiti Teknologi PETRONAS yang indah menghijau. Walaupun ada beberapa pelakon yang memakai selipar JEPUN dan sandal ASADI, namun semangat yang ditunjukkan oleh para pelakon untuk berlari tak penah luntur.

Nik (berbaju hitam) dan Ermi (berbaju putih) bersedia untuk melompat kanggaro.

Seterusnya latihan Team Building dijalankan pada pukul 10 di blok B. Latihan dimulakan dengan warm up, latihan memanaskan badan, dan tai chi pimpinan Pojan. Seterusnya, latihan mirror image dijalankan. Tujuan latihan ini adalah untuk meningkatkan kadar tumpuan dan kawalan pergerakan para pelakon. Para pelakon di galakkan mengenali lebih dalam antara satu sama lain melalui sesi “kenal dari hati ke hati” dimana para pelakon dipasangkan (bersama pasangan yang tidak mempunyai scene lakonan yang sama antara satu sama lain) dan hendaklah menemu bual antara satu sama yang lain. Pelakon kemudian dikehendaki menyampaikan apa yang diceritakan oleh pasangannya tadi pada semua pelakon lain. Telatah Tuya dan Hanip yang malu-malu kucing amat mencuit hati.

Kehebaatan Shafiq dan Firdaus bermain tepuk si
adik tepuk sangat membanggakan. Kelihatan di belakang mereka, sekumpulan
pelakon sedang tekun menonton ceramah cara lakonan yang betul.

Pada malamnya, latihan penuh dijalankan dimana Cik Pengetua telah melakukan beberapa modifikasi terhadap jalan cerita mengikut interpretasinya sebagai direktor. Hal ini dilakukan supaya jalan cerita nampak jelas dan mempunyai pengisian yang jelas dan mendalam. Pada akhir latihan, krew JEBAT telah berganding bahu membuat persediaan pentas untuk latihan berikutnya. Din dan Tuya selaku orang yang bertanggungjawab sebagai koordinasi pembahagian tugas telah menyerahkan beberapa tugas kepada beberapa orang tertentu untuk proses penyediaan pentas. Latihan pada malam itu bersurai pada pukul 11.30 malam.

Para pelakon Jebat sedang menjalankan latihan image creation


0 kritikan :