Projek-projek TTS Julai 2009

Friday, July 24, 2009

Assalamualaikum dan hello buat semua warga TTS dan UTP.

Rasanya belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Kembali ke Kampus kepada anda semua selepas seminggu semester Julai 2009 ini berlalu. Semoga anda semua telah memperolehi sesuatu sewaktu cuti semester yang lalu atau sewaktu latihan industri, bagi mereka yang baru pulang dan menyambung pelajaran dalam tahun akhir. Semoga anda semua sudah bersedia untuk menempuh perjalanan buat semester ini dengan lebih bersemangat, khususnya buat warga TTS sekalian.

Pada 23 Julai 2009 (Khamis) yang lalu, TTS telah mengadakan mesyuaratnya yang pertama. Agenda utama adalah untuk membentangkan aktiviti-aktiviti dan projek-projek yang akan dijalankan sepanjang semester ini. Tanpa berbicara dengan lebih lanjut, berikut disenaraikan perancangan TTS bagi semester Julai 2009:

  1. TTS Mimers @ Penutup Debat Alam Sekitar (28 Julai 2009)
  2. New Recruitment/Audition (28-30 Julai 2009)
  3. TTS Mimers @ Convo Dinner (15 Ogos 2009)
  4. Pertandingan Teater 10 Minit & TTS Gathering (17 Ogos 2009)
  5. Teater Keliling "Asylum", "Medley of Mimes" & "Tok Janggut" di UTP (2-3 Oktober 2009)
  6. Teater Keliling "Asylum", "Medley of Mimes" & "Tok Janggut" di Taman Budaya Perak (10-11 Oktober 2009)
  7. Teater Keliling "Asylum", "Medley of Mimes" & "Tok Janggut" di Taman Budaya KL (17-18 Oktober 2009)

Projek terbesar TTS pada semester ini adalah Teater Keliling "Asylum". Karya "Asylum" yang asal (1991) akan digunakan dan audition untuk casting watak akan diadakan sejurus selepas recruitment pelakon-pelakon baru. "Asylum" adalah karya sulung Dr Shark dan merupakan karya yang paling banyak dipentaskan sepanjang perjalanan seni TTS. Malah, ianya sudah pun berevolusi dan banyak modifikasi yang dilakukan bagi menjadikannya sebuah karya yang tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas dan sentiasa 'segar' di mata pelakon dan penonton.

Kami amat berharap bahawa projek kali ini akan direalisasikan dan sudah pasti, kami sedang berusaha sebaik mungkin untuk melaksanakannya.

Doakan kejayaan kami!

2 kritikan :

Anwar Samad said...

semoga semua berjalan lancar..

Akin Muhammad said...

duit! duit!

sponsorship kena handal cucuk