TTS Mimers in Action @ DAS

Tuesday, July 28, 2009

Kami buka tirai TTS semester ini dengan show 'warm-up' mime oleh TTS Mimers!

Sempena Majlis Penutupan Debat Alam Sekitar 2009, sketsa mime pendek berdurasi 5 minit ini sudah pasti bertemakan 'alam sekitar'.


Mengisahkan tentang kisah suka duka kehidupan 'Hijau' bermula dari kecil dan kemudiannya berpindah ke kota dan dibesarkan di sana. Pada awalnya Hijau melalui kehidupan yang indah dan ceria serta pelbagai lagi kisah suka mahupun duka. Namun, apabila dunia semakin maju dan ramai manusia yang mengejar pembangunan material, Hijau seolah-olah telah diabaikan. Tambahan pula, usianya sudah tua. Hijau selalu jatuh sakit, batuk-batuk, gatal-gatal kulit dan rambutnya mula luruh, lantas gugur satu per satu. Sudah menjadi lumrah, masih tetap ada yang mengingati dan membela nasib Hijau. Namun apakan daya, suara-suara minoriti ini hanya dapat masuk ke telinga kanan, keluar di telinga kiri.

Apakah masih ada harapan untuk Hijau hidup dengan lebih panjang? Apakah anak-anak dan cucu-cicit Hijau akan menerima nasib yang sama sepertinya?

"Ingat, kami bukan diwarisi dari nenek moyang kamu. Tetapi kami dipinjamkan daripada cucu cicit kamu..."







Respon audiens adalah amat baik dan mereka dapat memahami keseluruhan jalan cerita yang dilakonkan secara mime tersebut dengan bantuan voice over. Kami telah cuba menjadikan tempoh yang singkat itu bermakna buat semua penonton yang hadir dengan mesej, humor dan hiburan. Kami berharap mesej utama yang cuba disampaikan melalui watak 'Hijau' tersebut iaitu sebuah pokok dapat dihadam dan dicerna dengan baik oleh semua penonton.




TTS Mimers yang terlibat adalah:

Aizuddin Amran

Asyraf Maskan

Nik Aiman

Asyraf Nazmie
Tasha Zamri


dan dibantu oleh Anwar Samad yang melakukan voice over.





Terima kasih pada semua yang telah memberikan sokongan secara langsung atau pun tidak.

Pada malam ini pula, kami akan meneruskan perjalanan kami iaitu mengadakan sesi temuduga dan ujibakat pencarian bakat-bakat baru untuk menyertai keluarga Tronoh Theatre Shop, Universiti Teknologi PETRONAS.

19 kritikan :

Syafiq Effendi Faliq Alfan (SEFA) said...

komen aku...............make up cam badut, ho ho ho ho ho(aku pun samer gak dulu).........

Anwar Samad said...

ader orang kata, dia x puas buat mime.. GATAL!

Half said...

bilamana ash sudah bersuara... jgn disekat kemahuannya... hahahah
ash jgn risau, aku backup ko.. cey...

Akin Muhammad said...

ash,
nak beli jam biologi kau =P
oh, dan juga palam pencucuh tuuu =P

half,
semua yg nama asyraf kau nak backup yea? oh, FYI, ada budak baru audition nama dia ammar asyraf~ =P

sefa,
bukan che mad yang make-up ke? =P

nuar,
siapa yang nafsu kuda tu? =P


ps: stail buat macam blog sendiri, bagi komen balas one by one. =P

Pemerhati Penang said...

Aku terkilan x sempat tgk mime... Dengar kata dapat standing ovation oleh penonton?

Akin Muhammad said...

Helmi,

memang ada dapat standing ovation daripada penonton, misalnya,

camerawomen daripada medtech,

usher2 di tepi pintu,

kalau nak tengok, kena push Din supaya upload ke komputernya cepat2

Pegawai Khalwat said...

Tahniah dan hebat.

Mime bukanlah suatu bentuk lakonan yang mudah untuk direalisasikan.

younik said...

ade gmba2 len ag x?

Half said...

rindu nk buat mime.. oppss..
nnti kene marah ngan doc.. percaya la..

Anwar Samad said...

ader org terasa plak.. pastuh ader plak yg nak backup.. menyampah~

Anwar Samad said...

yea laaaa~

aini said...

wow!ash disini...~

SaPek said...

hahahahaha... gud job guy..... ash bagos... nnt aku didik ko lagi spy lbey pandai melawan yek! kaakakakkaka

Anwar Samad said...

patut la dia suka melawan ckp aku skang neh... ader cikgu rupanya!! GRRRRR!!!!

apan lee said...

beshnye~
beshnye klu dpt tgk..=P
neway, 2 thumbs up tok korg..
kompem ak tabik spring..
yosh!

k e r e p e k t e m p e said...

tahniah semua... ash tak puas sebab dia nak puaskan lagi kat convo dinner nanti ceyyy~

k e r e p e k t e m p e said...

anep!!!!grrrrrrr

penarik beca said...

insyaallah cuti ni aq upload dlm comp aq..
then aq share ngan korang...
bab trasnfer vid/pic ni aq mmg slow
mnx maap la ye...

bungaberduri said...

ash da pandai la...~~~aigoooo....mesti nua ajar..haha.kpd uploader pic2 time mime,tolong la upload cpt2..sy mau pic tu....(^^)