Hasil Audition Pelakon Baru + Casting ASYLUM

Friday, August 07, 2009

28 - 30 Julai 2009 yang lalu, TTS telah adakan sesi audition. Selama 3 malam, bilangan yang hadir ke audition adalah: Hari 1 (8 orang), Hari 2 (5 orang), Hari 3 (13 orang), menjadikan jumlahnya seramai 26 orang yang terdiri daripada bakal pelakon dan ahli pengurusan.

Syukur semuanya berjalan lancar walaupun pada hari kedua, bilangan yang hadir adalah sedikit. Namun secara keseluruhannya, target kami untuk menarik pelajar junior menyertai TTS sudah dapat dicapai. Dan syukur juga kerana ini adalah kali pertama TTS mencuba sistem audition yang lebih teratur dan tersusun.

Di harap audition pada masa akan datang akan lebih berjaya. Terima kasih pada ahli TTS yang sudi meluangkan masa untuk turut sama membantu sesi audition pada kali ini. Di bawah adalah foto-foto yang sempat diambil oleh SEFA sewaktu tiga malam sesi audition berlangsung.

Kepada pelakon dan pengurusan baru, kami semua ucapkan
"SELAMAT DATANG KE KELUARGA TTS!".












Dalam tempoh waktu yang sama, pada petang 29 Julai telah diadakan sesi casting watak untuk teater ASYLUM yang akan dipentaskan di UTP, Ipoh dan akhirnya di KL pada bulan Oktober nanti. Sesi casting dinilai oleh Pengarah Teater Asylum, Ainifadhilah dan Penolong Pengarah, Dr Shark. Buat makluman semua, Pengurus Projek Teater Asylum ini pula adalah Anwar Samad.

Watak-watak dalam teater Asylum adalah seperti berikut:


Y.B - ?

Baby - ?

Atendan - Atul

Pak Cik - Anwar

Mat Merah & Mat Hijau - Nik & Daus

Pusher - Usop

Penagih - Azizi

Polis - Sultan

Fura Panda - Tasha

Wartawan - Hisham

Penonton 1 dan 2 - Half & Khairil

PBB 1, 2, 3 - Helmi, Mira, Hisham


Stage manager - Aizuddin



Watak Baby masih dicari. Kemungkinan besar akan diisi oleh Asyraf (Acab).

Latihan teater Asylum akan bermula pada bulan Ramadan tidak lama lagi, selepas selesai kelas teater "Akademi TTS" buat pelakon baru yang akan diadakan selama dua minggu mulai 10 Ogos ini hingga selesai show dalaman TTS iaitu "Teater 10 minit - Piala Mad Haris" pada 21 Ogos akan datang.

Semoga semua cast dan crew Asylum akan tabah menjalani latihan ya!


p/s: Kepada TTSians yang akan balik bercuti nanti, pastikan datang dalam keadaan sihat sejahtera semuanya ya.

9 kritikan :

niKkL said...

kemon2!

Half said...

oih2, apsal nama aku n kerel xde?
ak n kerel pn pelakon gak utk asylum ok!

syafiq effendi faliq said...

er....pembetulan disitu, aku tak jadik YB dah, tapi akan digantikan oleh orang lain, nak confirmkan, tanyer doc......

ad said...

utk pengetahuan, casting asylum blom finalize lg - Direktor

Akin Muhammad said...

half, ko kan ada kuasa admin. masukkan la nama kau sendiri. =P

Half said...

wes, hisham ni hisham mona or hisham bdk baru?

DauS said...

hisham budak baru le

cairellneezarm said...

aku jadi baby...doc ckp...hahaha~

Anwar Samad said...

ko jgn harap ek kerel.. doc da audition, kata aku sesuai jadi baby!! huh~