Berita Baik! Berita Baik! Berita Baik!

Friday, August 07, 2009

Berita baik ini buat semua warga TTS.

Alumni kita di KL, atau lebih tepat lagi, cawangan TTS di KL iaitu The Qum Actors telah berjaya meraih kemenangan dalam Festival Teater KL 2009 bagi kategori NGO/IPT.

Apa yang TQA dapat dengan Miao Miao Sang Arnab?


TEMPAT KETIGA

dan

ANUGERAH PELAKON HARAPAN LELAKI (Watak Pak Tam oleh Lutfi Othman)


Walaupun penulis merasakan seolah-olah deja vu, iaitu TTS juga berjaya mendapat tempat ketiga dan anugerah Pelakon Harapan Lelaki dalam teater JEBAT pada Festival Teater Perak 2009 yang lalu, namun kejayaan TQA kali ini menjadi titik tolak yang baik buat TQA sendiri. Baru sahaja ditubuhkan pada awal tahun ini dan penyertaan TQA dalam FTKL 09 merupakan kali yang pertama dan menghasilkan produksi teater yang pertama di KL.


Tahniah dari TTS buat produksi TQA!


Layari blog The Qum Actors: http://qumactors.blogspot.com

1 kritikan :

Anwar Samad said...

Tahniah.. mmg korang the best!