"WA WARNA" dalam 1Malaysia dalam MARSYA-IW52

Tuesday, August 18, 2009

Bulan 8 meriah dengan show di sana sini sebab bulan 8 bulan merdeka.
Jadi semua semangat nak tunjukkan semangat patriotik masing-masing.
TTS pun turut sama memeriahkan lagi sambutan kemerdekaan ke-52 tahun ini dengan sebuah show pendek 15 minit.

Orang selalu kata dalam bahasa orang PUTIH, "A picture tells a thousand words."
Terjemah sendirilah ya. Kau orang kan hebat cakap bahasa orang PUTIH.
Jadi, tanpa perlu meleret-leret. Klik poster di bawah ni untuk lihat dengan lebih jelas. Klik itu diambil daripada bunyi 'klik' yang terhasil apabila kita menggunakan tetikus. Oh ya, kau orang tak faham tetikus tu apa. Mouse lah...



Kalau nak tahu, show "Wa Warna" ini melengkapi salah satu acara MARSYA-IW '09 (Malam Apresiasi Seni & Budaya - Independence Week-52), satu program anjuran bersama Sekretariat Rakan Muda UTP (SRM-UTP) dan Residential College Support Unit (RCSU).

Selain persembahan "Wa Warna" daripada TTS, ada juga persembahan nasyid daripada sebuah anak-anak dari rumah anak yatim berdekatan serta deklamasi puisi yang menampilkan pelajar Melayu, Cina dan India.

Dijemput semua untuk hadir sama menyaksikan persembahan kami!


UPDATED!!

Beberapa gambar persembahan tersebut:














5 kritikan :

Anwar Samad said...

selamat berjaya semua... saya sentiasa berada di belakang untuk menyokong~~~

bungaberduri said...

di belakang ke???ko xberlakon ke nuar????

Anwar Samad said...

tak blakon... aku jadi penyokong aja..

[ acabond ] said...

wohoo pict #3 kontroversi.
ada aura kt mama lah

Anwar Samad said...

.. suka sgt watak2 mcm neh~ (aku pon sama~~)