Teater 10 Minit Anugerah Mad Haris

Tuesday, August 18, 2009


Seperti yang anda semua dapat lihat di dalam poster, sebegitulah yang akan berlaku pada malam tersebut.

Anugerah Mad Haris akan diberikan kepada persembahan yang terbaik (pada sudut pandangan En. Muhammad Md Haris, salah seorang advisor TTS merangkap jurumekap). Kalau dapat dilihat, ada kumpulan yang menampilkan pelakon senior dan pelakon junior. Apakah pelakon senior dapat mengekalkan reputasi mereka sebagai pelakon berpengalaman. Atau, apakah pelakon junior yang akan berjaya menambat hati Che Mad Haris? Sama-sama kita saksikan... TEATER 10 MINIT!

Oh ya, ada dua tujuan kami pentaskan skrip 10 minit tersebut. Skrip tersebut akan dihantar ke pertandingan menulis skrip Kakiscript. Jadi, pertama, kami ingin memastikan bahawa skrip yang telah kami tulis itu berdurasi dalam 10 minit (tambah tolak 2 minit). Kedua, kami ingin memberi peluang awal buat pelakon-pelakon yang baru menyertai TTS.

Semua ahli TTS dijemput hadir menonton dan makan-makan.
Selamat berteater 10 minit semua!

5 kritikan :

Pegawai Khalwat said...

tak dapat nak pi tengok. Kena pi workshop KPI, KIP dan KRA.

Akin Muhammad said...

woa, banyaknya workshop PK.

takpa, tunggu show Asylum kami nanti. itu show terbesar kami hujung tahun ni.

ad said...

semoga berjaya pd yg perform nnt..
perjuangan blom selesai!

cairellneezarm said...
This comment has been removed by the author.
Akin Muhammad said...

perjuangan buat penulis skrip masih belum selesai. masing-masing kena edit mana yang patut.