TTS Gathering + Pertandingan Teater 10 Minit

Friday, August 21, 2009


Pada Khamis malam Jumaat yang lalu, telah berlangsung TTS Gathering dan Pertandingan Teater 10 Minit (Anugerah Mad Haris) seperti yang dirancang. Majlis dimulakan dengan upacara makan-makan oleh ahli TTS pada jam 9 malam sambil dihiburkan dengan petikan gitar oleh saudara Ermie Fadhullah. Antara hidangan yang tersedia pada malam itu termasuklah mihun, kek pisang, karipap, sate dan buah tembikai. Antara gelagat ahli-ahli TTS pada malam itu:


Pengacara majlis pada malam itu




Pengasas TTS, Doctor Shark bermesra bersama ahli-ahli TTS



Dari kiri: Am, Bani, Hisham, Daus, Che Mad Haris

Dari kiri: Pojan, Ayie, Nik, Atul, Sya, Syirah



Dari kiri: Helmi, Tasha, Sultan, Tuya, Izzi



Wajah pelakon-pelakon baru TTS. Dari kiri: Farah, Syira, Mira, Nadia


Wajah-wajah gembira menjamah makanan



Junior-junior TTS memperkenalkan diri masing-masing



Selesai upacara makan-makan tersebut, majlis diteruskan dengan Pertandingan Teater 10 Minit (Anugerah Mad Haris). Kumpulan pertama yang membuat persembahan ialah teater bertajuk "Berapa?" diikuti dengan "Jebat: Versi Tu Tu", "Bus Stop", dan terakhir sekali teater "Bab i".




Berapa?










Jebat: Versi Tu Tu








Bus Stop








Bab i








Persembahan Penutupan: Teater Wa Warna











Sementara menanti keputusan diumumkan, upacara penyampaian sijil kepada mereka yang terlibat dalam Festival Teater Perak 2009 turut dijalankan. Antara gambar yang telah diambil (maaf tidak dapat diletakkan semua kerana terlalu banyak):








Keputusan:

Che Mad Haris selaku juri mengumumkan keputusan



Keputusan Pertandingan Teater 10 Minit adalah seperti yang berikut:

Juara Piala Mad Haris: Teater Bus Stop karya Dr Shark dan SEFA
Pelakon Lelaki Terbaik: Ahmad Aizuddin
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik: Muhammad Nur Azizi
Pelakon Harapan Lelaki: Fikri
Pelakon Harapan Wanita: Syahira
Anugerah Khas Juri: Khairul Anwar


Antara gambar pemenang-pemenang anugerah yang dipertandingkan:






Tahniah dan syabas kepada para pemenang! Kepada yang tidak menang, anggaplah pertandingan kali ini sebagai medium untuk mengasah bakat dan menimba pengalaman, terutamanya kepada pelakon-pelakon baru TTS yang mempamerkan bakat tidak kurang hebatnya.

Semoga program seperti ini dapat diadakan dengan lebih kerap agar dapat memberi manfaat kepada Tronoh Theatre Shop secara keseluruhannya.


29 kritikan :

Akin Muhammad said...

woa. B.E.S.T. Bagus, Energetik, Sempoi, Terbaik.

boleh buat lagi lain kali.

Asyraf Maskan said...

meriahnya sangat2 meriah. tak yah letak lampu lip lap atau lampu raya. Papepon gathering ni sgt2 penting dan menarik. rasanya nilah gathering pertama dpt kumpul hampir 34 ahli tts utk sem ni. semoga bonding kekeluargaan kita semakin kuat.TTS ROQ! eh~

Akin Muhammad said...

TTS ROQ? Err.. kita ada dijemput buat show BCP II ke? SEFA? =P

34 orang? betul2 ke? apsal respon audiens macam penuh satu panggung? =P

Syafiq Effendi Faliq Alfan (SEFA) said...

oh, BCP 2? tak terpikir nak sambung apa, prequel boleh lah.......

DauS said...

kalau dijadikan event setiap sem mesti syok..

Akin Muhammad said...

okay jugak idea daus tu.
each sem mesti ada newcomers.
so family day + shows mcm 10 minit ni is a good way for kickstart

Half said...

lagi skali.. aku xde!

BCP? buat RBTM la...

aini said...

my best TTS Family Gathering ever!!~ (wpon bole kate sume aktiviti gathering ngan korg mmg ROQ) hahaha..

penarik beca said...

tahniah & terima kasih semua.

k e r e p e k t e m p e said...

usop, kalau hantar atul sorang je yg jadik penonton mlm tu aku rasa dah mcm 100 orang dahh hoho...

kalau izzi dah mcm satu blok v5c...

RBTM? hurmmmm..

Half said...

izzi kat blog pn nk meroyan..
tp bersyukur la kite sbb blog xleh rekod suara.. klu tak kene kurangkn volume speaker..

RBTM la..
Rasukan berbisa tentera malaya..
atau pn roti bakar telur manis

Anwar Samad said...

Menarik, seksi dan menawan..

naE said...
This comment has been removed by the author.
naE said...

seronoknya~

tentu semua enjoy dan menikmati saat-saat itu kan..

kalaulah ada disana
hehehhe

~aisyah naemah

Half said...

RBTM = Rozy Bakar Tak Malu
atau Rozy Bakar Teruna Melayu..
hahahhahahahahahahha

Syafiq Effendi Faliq Alfan (SEFA) said...

oh jangan, kalau ko ada kat situ, dah lamer kena virus2 yang ko bawak, tapi ade gak la yang masih gagah nak datang walaupun tak braper sihat, satu ucapan macho dari aku........

Asyraf Maskan said...

kasihan aishah. aku rasa kita hendaklah mengucapkan tahniah kepada aishah sebab dia sudah keluar daripada neraka kuarentin.

Syafiq Effendi Faliq Alfan (SEFA) said...

acap memang memahami, macam pernah kena kuarentin jer, eh bukan pernah ke? ho ho ho.......anyway, selamat kembali bekerja pada aisyah, dan pada hicom baru, terutam syakir, tahniah diucapkan dengan sedikit pesanan.....'i'll be watching u' ho ho ho....

Akin Muhammad said...

okayla tu. sekurang-kurangnya TTS dah tak pakai policy "jawatan seumur hidup"

Half said...

eh polici jawatan seumur hidup masih berkuat kuasa lagi~~
ko xpasan ke yg duk berjanggut dr dulu smpi skang, die je~

Anwar Samad said...

kalo yg berjanggut tuh tak da.. ilang la seri TTS..

Half said...

tu mmg tak dinafikan la..
tak boleh disangkal,
"dah lama dia duduk dikerusi tu, lamanya smpi berjanggut"
(line last tu saya tambah sendiri)

khair al-nizam said...

ermmm...sesape tolong sendkan profil newcomers kat aku...perempuan sahaja ye...nak audition jap...time kasih~

Akin Muhammad said...

kerel. tak boleh! =P

khair al-nizam said...

kdekut...ngan aku pun nk brkire..hmmphh~

Akin Muhammad said...

haha. sbb aku dah tak pegang dah profil dak2 baru ni.

mintak pada .....

khair al-nizam said...

ceh...tak perlu...
aku akan membuat kemunculan di utp nanti...pastikan entrance aku nanti yang terbaik...hahahah

Akin Muhammad said...

ko kena masuk as penonton ja nanti, i mean the real Penonton, tak payah make-up, masuk (BAYAR TIKET), pergi tempat duduk depan sekali.

sekali dgn half nanti.

Half said...

hmm.. ak kat belakang kot, ngah buang mekap putih~~