TRONOH THEATRE SHOP
dengan kerjasama
dengan kerjasama
Universiti Teknologi PETRONAS,
KEMENTERIAN PENERANGAN KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN,
TAMAN BUDAYA PERAK,
TAMAN BUDAYA KUALA LUMPUR
TAMAN BUDAYA PERAK,
TAMAN BUDAYA KUALA LUMPUR
mempersembahkan
Berikut adalah tentatif persembahan:
1. Tempat : Dewan Serbaguna, Universiti Teknologi PETRONAS (MPH)
Tarikh : 2 - 3 Oktober 2009
Show : Asylum & Medley of Mimes
Masa : 9 PM
Tiket : RM 5
2. Tempat : Taman Budaya Perak
(Program Amal TTS)
Tarikh : 10 - 11 Oktober 2009
Show : Asylum & Medley of Mimes
Masa : 9 PM
Tiket : RM 10
3. Tempat : Taman Budaya Kuala Lumpur
(Program Amal TTS)
Tarikh : 17 Oktober 2009
Show 1 : Miao Miao Sang Arnab & Monolog Tok Janggut
Masa : 2.30 PM
Tiket : RM 10
Show 2 : Asylum & Medley of Mimes
Masa : 9.00 PM
Tiket : RM 10
Tarikh : 18 Oktober 2009
Show 1 : Asylum & Medley of Mimes
Masa : 2.30 PM
Tiket : RM 10
Show 2 : Miao Miao Sang Arnab & Monolog Tok Janggut
Masa : 9.00 PM
Tiket : RM 10
SINOPSIS
Kepada bakal penonton, sila baca sinopsis terlebih dahulu sebelum menonton teater kami, takut-takut tak faham nanti susah pula jadinya.
Asylum ( Karya Dr Shark & Arahan Aini )
Asylum adalah sebuah komedi mengisahkan sekumpulan pesakit mental dari kumpulan Unit Teater Psikotik berusaha mementaskan sebuah teater sempena pembukaan hospital pesakit mental yang baru, Institut Psikotik Negara. Teater ini memaparkan bagaimana mereka semua berusaha untuk berlatih sehabis baik. Mereka mementaskan sebuah cerita tentang kehidupan manusia yang alpa dengan kemaksiatan dunia seperti rasuah, pemerintah yang tamak, penagihan dadah, parti-parti politik yang bertelagah, kekejaman kemanusiaan, dan sebagainya. Mereka juga turut memaparkan isu-isu semasa jika tidak dibendung akhirnya menerima pembalasan yang tidak dapat lagi ditarik balik. Institut Psikotik Negara juga membuka pengambilan ahli-ahli baru…
Medley of Mimes
Mempersembahkan beberapa persembahan mime daripada mimers Tronoh Theare Shop yang terkenal. Persembahan yang unik ini jarang-jarang dipentas kan di Malaysia. TTS mimers sangat berpengalaman dalam melakukan persembahan di UTP, dan sekitar Kuala Lumpur. Jangan lepaskan peluang keemasan untuk melihat bakat terpendam pelajar-pelajar UTP melakukan persembahan pada October ini!
Miao Miao Sang Arnab ( Karya Dr Shark & Arahan Pacel )
Miao Miao Sang Arnab, sebuah kisah yang memaparkan nilai kemanusiaan iaitu cinta dan kasih sayang yang menjadi pendirian Mat. Arnab secara separa sedar telah muncul untuk mencungkil nilai ini dari dalam diri Mat yang sering merasa ‘insecure’ dan kecewa akibat gagal dalam percintaan. Bahkan, nilai kemanusiaan ini yang menyelamatkan Mat daripada membunuh diri. Nilai ini berlawanan dengan Roy yang menganggap cinta dan kasih sayang tidak lebih daripada seksual. Arnab yang boleh menjadi pelbagai jenis binatang merupakan jiwa Mat yang meronta untuk keluar dari dalam dirinya. Namun, adakah Arnab berjaya ‘menyelamatkan’ Mat?
Tok Janggut (Karya Salju Putih & Arahan Dr Shark)
Mat Hassan Panglima Munas atau juga lebih dikenali sebagai Tok Janggut dilahirkan di Kampung Saring, Daerah Jeram, Kelantan pada 1850. Penentangan beliau yang bermula sejak daripada Perjanjian Bangkok menyebabkan dia diburu oleh pihak British. Penentangan disebabkan oleh kehadiran pegawai British yang mengenakan pelbagai cukai yang membebankan rakyat. Tok Janggut akhirnya terkorban bersama-sama pengikutnya dalam satu pertempuran sengit dengan pihak British.
Apakah Itu Program Amal TTS?
Ini merupakan sebahagian daripada Program Amal Tronoh Theatre Shop, dimana 30% daripada kutipan tiket daripada persembahan di Ipoh dan Kuala Lumpur akan diserahkan kepada Rumah Budi Mulia Nurul Huda, Chemor. Marilah sama-sama kita beramal sambil berhibur.
Tiket???
Jangan risau... tiket boleh didapatkan dan ditempah bermula minggu hadapan selepas merdeka! Boleh hubungi:
Syakir - 017-2910234 (syakirsaniy@gmail.com)
Acab - 017-7719427 (asyraf.abm89@gmail.com)
Daus - 016-8904232 (dausisloco@gmail.com)
Jangan lepaskan peluang menyaksikan
"THE SHARK ATTACK TOUR 2009"
(Kalau terlepas kami tak jamin yang kami akan buat rakaman dan cetak DVD)
Tweet
"THE SHARK ATTACK TOUR 2009"
(Kalau terlepas kami tak jamin yang kami akan buat rakaman dan cetak DVD)
29 kritikan :
bukan SEFA kata, dia nak berehat ke? haha
fiiwwittt
teater keliling!
aku mintak tolong dia.. ala.. lagipon mime prektis kat bilik jer.. tak yah dtg latihan.. cuma kene available time full run n ari show jer.. x per kan sefa?
all d best to all of us
seronok...macam puas makan nasi beriyani tadi (Pak Ali tutup trpaksa beli haishh)
jgn lupe turun trening!~
cekeTASSS!!! cekeTASSSS!!! (sound effect bagi komen di atas..)
btw, mime aku satu lagi "orchestra!"
sila letak ye..
da macam2 nama pulak korang kasi... ish2..
tp nuar masih x tulis2 lagi aku nye mime ke-2 dlm post ni!!! grrrrr
mmg lupe ke (walaupun da ckp byk kali) atau buat2 lupa sbb nk menjiwai watak?
Kalau nak bagi gempak lagi bagitau bahawa karya-karya Dr Shark ni telah memenangi beberapa anugerah di Festival2 Teater dari sebelum Dr Shark join UTP hinggalah sekarang! Kalau2 bilang sudah banyak anugerah wooi tapi tak satu pun dapat jadi Johan....huhuhu (something jer....)
ash memahami aku.. bgus la ash..
saba2~~~
mantap!!
baju2...sila buat baju dan merchandise2 seperti lanyard, pen, keychain dsb....jgn sia2 kn peluang keemasan...bnyk bleh collect neh...aku kaye...eh,kite kaye...
hmm.. kerel. cube ko usha kat kl ni tmpt2 yg bleh kite buat merchandise.. kite buat simple je.. cm mug, pastu ada logo tts, simple.. pastu pen.. nice la tu beb..
bajet macam mana?
kalau nak propose kat project manager with bajet la kot? kan kan kan nuar kan...
hmm
pasal bajet.. klu nk gune duit ak dulu leh kot.. xpn, kongsi la dulu..
then da untung, amik la duit tu balik..
kalo nk, sediakan anggaran bajet.lg satu, cari person incharge, idea byk tp yg nk uatnye xde.
shark attack, roar roar! eh, bunyi jerung macam mane yer? NGAP~~~~
kalau jerung dah ngap. habis. habis.
bile jerung dan mengaum..
epal dan jambu pun tak dapat menolong..
(nada status nuar)
*dah
Betol cakap aini.. kalo nak jual lanyard, sumer nih kene ader orang incas.. pasal baju nih, sapa nak beli, bagi nama then bayar.. no money, jangan nak bunyi.. hahahaharun~
nak bayar fulus ni pada siapa?
sblum tu.. baju ni acap cakap nuzul yg incas.. nk juga jumpe nuzul ni..
n nnti mintak la si nuzul buat list utk mintak size baju.. hehe..
okay. eh, nuzul yang lama dah tak ada, nuzul baru pulak yang kau nak??
SEMOGA BERJAYA SEMUAAAAAA~~~~~
asylum ngan medley mmg awesome! =)
Post a Comment