Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Program The Shark Attack Theatre Tour 2009 telah melabuhkan tirainya pada 18 Oktober lalu dengan membawa pelbagai kenangan manis. Alhamdulillah usaha yang telah dimulakan sejak awal tahun boleh dikatakan satu pencapaian yang cemerlang. Saya sebagai Penerbit Produksi dan Pengarah teater “Asylum” ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas buat semua krew produksi yang telah menjayakan program ini. Semoga usaha dan pengorbanan yang telah diberikan mendapat keredhaan-Nya.
Seperti mana-mana pementasan teater Tronoh Theatre Shop sebelum ini, pasti ada review rasmi dari Pengarah mengenai keseluruhan pementasan sepanjang 6 siri jelajah teater di 3 buah lokasi berbeza iaitu UTP, Taman Budaya Perak dan Taman Budaya Kuala Lumpur. Fuhh! Mendengarnya saja pun dah cukup hebat. Untuk pengetahuan, ini adalah pertama kali buat semua rakan produksi untuk menganjurkan program yang boleh dilabelkan sebagai projek Mega TTS! Persediaan fizikal, mental dan emosi amatlah penting supaya program ini dapat dijayakan dengan lancar. Dari kesemua 6 pementasan, pasti ada turun naik dalam mutu persembahan teater “Asylum” ini (gila sepanjang program ni sebab memang cerita orang gila!). Namun saya pasti mereka telah memberi yang terbaik bagi setiap persembahan. Disini saya ingin berkongsi sedikit pandangan yang saya harap mampu dijadikan panduan untuk pementasan-pementasan yang akan datang.
TTS menerima sejumlah kehadiran penonton yang luar biasa ramainya pada malam pertama, FULL HOUSE dalam sejarah TTS! (Terima kasih kepada pelajar dari UITM Pulau Pinang.) Seperti yang dijangkakan, energi pelakon amat tinggi pada malam itu kerana mendapat respon memberansangkan dari audiens. Pelakon berjaya mengekalkan energi sehingga akhir pementasan. Tetapi kesilapan dari pelakon ialah melontarkan suara ketika audiens masih ketawa. Seharusnya pelakon menunggu sebentar sebelum melontarkan ‘line’ supaya tidak tenggelam dengan suara penonton. Jadi rugi ‘line’ tersebut kerana tak dapat didengari oleh audiens.
Untuk malam ke-2, jumlah audiens kurang dari malam pertama. Energi pelakon jatuh sejak dari permulaan pementasan lagi. Jika dari awal energi rendah, memang susahlah nak naikkan ditengah-tengah cerita (tetapi tidak mustahil!). Dan pelakon-pelakon turut terjejas apabila terlampau mengharap reaksi dari audiens (yang saya rasa satu kesilapan besar.) Pelakon tak patut mengharap respons dari audiens. Sebagai pelakon teater, kita harus tahu untuk berlakon dihadapan kerusi kosong (tiada audiens). Lakonan tidak harus terjejas tidak kira audiens ramai atau tidak. Watak Pakcik, YB, Atendan dan Penagih adalah watak yang menyerlah untuk kali ini. Rata-rata audiens juga sangat suka dengan watak Uncle Sam kerana memegang watak ‘blur’ yang saya boleh katakan sebagai ‘x-factor’ untuk watak tersebut. Bagi yang lain masih banyak yang perlu diperbaiki.
Dari segi teknikal, berlaku sedikit kesilapan yang tidak sepatutnya berlaku. “Asylum” adalah teater yang kurang menggunakan teknikal ‘cue’. Video yang sepatutnya sudah habis dimainkan diulang tayang sekali lagi, dan audiens dapat melihat kesilapan tersebut (it should be consider as a major mistake! Hehe..)
Banyak yang telah diperbaiki bagi Tour ke-2 di Ipoh, terutama sekali dari segi perkembangan watak. Pelakon telah menunjukkan prestasi yang cemerlang terutama sekali YB dan Atendan. Atendan/Kamariah Bee telah diberi nafas baru dengan memainkan watak seorang isteri kepada Nana/P2. YB dengan cemerlang mengekalkan energi bagi keseluruhan pementasan. Watak yang memerlukan pelakon ‘on stage’ dari mula hingga akhir pementasan adalah satu tugas yang berat. Saya sendiri pernah merasainya dan kekal ‘in character’ bukanlah satu tugas mudah. Watak-watak seperti Merah, Hijau dan Baby juga saya kira berat kerana reaksi sepanjang pementasan perlu supaya mereka kekal ‘in character’ dan tidak menjatuhkan ‘pace’ dan energi. Merah dan Hijau mempunyai contoh ‘chemistry’ yang bagus, dan saya kira perlu diambil perhatian oleh pelakon-pelakon lain seperti Baby dan Pakcik, Penagih dan Pengedar, Fura Panda dan Wartawan. ‘Chemistry’ yang baik harus dicari supaya scene tersebut nampak ‘natural’ dan tidak ‘anticipate’. Watak Merah dan Hijau juga memerlukan pelakon untuk memberi reaksi pada setiap adegan atas pentas. Reaksi yang saya maksudkan disini termasuklah gerak tubuh, ekspresi muka dan ‘non-verbal words’ seperti “ohh..”, “ehh..” dan sebagainya. Watak ini juga penting dalam memastikan energi pementasan tidak jatuh ditengah-tengah cerita.
Teater ‘improvise’ seperti “Asylum” menggunakan ruangan audiens. Contohnya Polis yang saya rasa agak ‘lagging’ disebabkan audiens tidak sporting. Pelakon harus berhati-hati supaya tidak terjejas dengan reaksi berbeza dari audiens. Tetapi pujian harus diberikan kepada Sultan kerana mampu ‘ad-lib’ walaupun kurang respon dari audiens. Pelakon harus tahu ‘punch line’ bagi setiap ayat yang dilontarkan. Ini termasuk memberi makna dan cara bagaimana nak melontarkan ayat tersebut. Menyebut ‘line’ terlalu perlahan atau dalam ‘pace’ yang perlahan tidak membantu menyerlahkan ‘punch line’. Yang penting sebutan adalah jelas, tidak terlalu laju dan tidak terlalu perlahan supaya audiens dapat menangkap maksud sebenar ‘punch line’ itu. Terdapat beberapa scene yang memerlukan ramai pelakon ‘on stage’ seperti scene Fura Panda, scene demontrasi dan scene mati. ‘Spacing’ dan ‘blocking’ memainkan peranan penting dalam hal ini. Saya lihat pelakon sudah bijak menggunakan ruangan pentas supaya tidak ada yang ‘blocking’ antara satu sama lain.
Bagi Tour ke-3 di Kuala Lumpur, semua pelakon telah menunjukkan prestasi yang luar biasa cemerlang. Mungkin kerana mereka telah cukup persediaan hasil dari 4 pementasan sebelumnya (they should!). Persembahan pada hari pertama penuh dengan energi, ‘pace’ cerita juga cantik dan boleh dikatakan persembahan terbaik mereka secara keseluruhan. Setiap watak menyerlah serba-serbi dan telah dipertontonkan dengan baik sekali. Watak Pakcik beraksi cemerlang sejak dari awal cerita dan berjaya membuat audiens ketawa dengan ayat-ayatnya yang bersahaja. Watak Pakcik nampak ‘natural’ dan Anwar yang memegang watak tersebut ‘enjoy’ dengan setiap ‘line’nya. Watak Fura Panda dan Wartawan turut menyerlah pada malam itu. Wartawan yang dibawa oleh Hissam dikira sudah cukup bagus bagi pelakon baru sepertinya. Banyak peningkatan dari segi variasi dialog dan penggunaan gerak tubuh, cuma Hissam perlu berhati-hati supaya lontaran suara tidak terjejas. Seorang lagi pelakon baru iaitu Fikri juga menunjukkan peningkatan dari segi ‘character’. Watak Atendan lakonan Atul amat menjadi terutama sekali ketika Atendan memarahi Nana (suaminya) dan ahli-ahli Asylum yang lain.
Persembahan terakhir adalah pada waktu petang. Saya akui sedikit risau kerana selalunya energi akan lain sikit kalau buat teater pada waktu petang (memang betul). Beberapa watak seperti Atendan dan Baby kelihatan kurang bertenaga petang itu, tetapi keseluruhan pementasan adalah cemerlang. Dari segi teknikal, saya dapati terdapat ‘blind spot’ pada posisi YB dalam pementasan hari pertama. Mungkin kedudukan rostrum tempat YB berdiri kurang tepat mengenai muka. Jadi ‘facial expression’ YB ada ketikanya tidak kena. Namun dalam show kedua, kedudukan rostrum telah diubah. Pelakon patut bijak mencari lampu agar tidak berbayang namun ruang yang terbatas bagi YB tidak membolehkan Yusuf berbuat demikian. Maka kedudukan lampu harus diambil berat supaya reaksi muka lebih jelas dan tempat yang betul perlu ditanda terlebih dahulu.
Tahniah buat semua krew yang telah berhempas pulas menjayakan Tour ini. Cara kerja yang efisien telah ditunjukkan oleh Stage Mangement krew seperti Pengurus Pentas, Propsmasters dan Pengurus Teknikal yang membantu disebalik tabir harus menerima pujian, kerana tanpa mereka pementasan ini pasti ada cacat celanya. Ampun dan maaf dari saya sepanjang menjadi Pengarah teater ini, kita bekerja sebagai satu keluarga dan terima kasih untuk segala pengorbanan dan kerjasama dari anda semua (this is the first time kena direct sorang2!) Tahniah sekali lagi buat semua krew produksi TTS dan ahli-ahli The Qum Actors bagi menjayakan The Shark Attack Theatre Tour 2009! Salute TTS and TQA! (Terpanjang pulak komen ni..haha!!)
Dari meja Cik Direktor.
Aini,
Tronoh Theatre Shop,
Universiti Teknologi PETRONAS
REVIEW DARI PENGARAH “ASYLUM”
Sunday, October 25, 2009Tulisan DauS pada 8:52 PM
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
18 kritikan :
mampos, lepas ni zaman aku plak biler habis intern nanti, tidaaakkk!!!!!! aini ko sambung post - grad leh tak? tak yah aku kena direk show besar2 nanti, ho ho ho.......
maaf..aku pon sedey gak nk mnyatakan yg masa aku hampir tamat bersama TTS =(
begitulah kehidupan, konpem aku nak melalak puas2 masa grad nanti......(padahal lambat lagi nak grad......) aku tujukan lagu ini pada yang nak grad....."jangan kau ucapkan selamat tinggal oleh shades"
okaylah tu. kitaorg senior ni dulu pun takdelah hebat mana pun.. cuma kitaorg selalu involve dalam semua aktiviti dan boleh buat kerja. itu saja. insyaAllah korang junior semua boleh. buat tour siri kedua pulak. UTP-PENANG-KL.
aku rasa nak karok lagu 'kau kunci cintaku dalam hatimu' oleh ramlah ram
lain macam jer tu acap......
SYABAS TTS~!!
aku tak dapat bayangkan aku dah nak grad nnti...
kepada yg dah nak grad
ampun maaf dipinta..
semoga berjaya di masa hadapan..
klu rajin, jenguk2 la kami disini..
ceyy~~
syahdu x?
saya ingin tujukan lagu "ikhlas tapi jauh" keapda warga yg da nk grad
aku tujukan lagu bukan kerana nama, nak main maser gathering nanti leh tak? penat aku prektis kat bilik ni sengsorang, ho ho ho.....
boleh je sefa. man bai - kau izhamku jangan lupa ya prektis skali.
ye! aku nk lagu man bai! kau ilhamku..
ditujukan khas kepada... er...
malu lah~ hehe
Tahniah! Bila nak mai buat kat Penang?
hoho.. insyAllah.. klu ada rezeki dan diizinkan~..
taun depan buat tour UTP-PENANG-KL
sebelum ni saya ada baca pasal TTS kat dalam blog sorg student UTP ni,,
betol2 tak disangka yang wt perfomance kt taman budaya kl mlm tu TTS rupenye....kecik btol dunia ni..
anyway,,congratulation to TTS,,you've done the best perfomance ever...
i really like with uncle sam...he's really blurr...but he's really cool...=)
haha.. terima kasih atas sokongan anda..
apa yg anda dengar ttg tts? hehe.. mngkn boleh dikongsi..
saye tau TTS ni pun bru je,,,
tu pun dri blog sorg studnt utp...
tts ade invole ftp thn leps, then pernah menang best drama in Intervarsity Human Values Drama Competition at University Malaya Sathiya Sai Baba Central Council Malaysia (SSBCCM).
wah, hebt tu..
saye x la tau byk sgt, tp sket2 tu adela...hihi
trima kasih littleantzz, rajin2 la jenguk blog kami ni...buat mcm rumah sendiri haha. insyaallah ada show hampir di kl nanti...
hehe...insyaAllah,, =)
Post a Comment