Pada hari Khamis, 29 Oktober yang lalu, satu majlis sambutan bagi meraikan ahli-ahli Tronoh Theatre Shop (TTS) yang akan graduate tidak lama lagi telah berlangsung. Mereka yang dimaksudkan ialah Aini, Anwar, Aizuddin, Adzairah, Fauzan, Izzi, dan Helmi. Majlis yang bertemakan 'Black & White' itu bermula pada jam 9 malam bertempat di Tasik UTP.
Antara aktiviti-aktiviti yang telah berlangsung pada malam itu ialah permainan bola beracun (tapi menggunakan anak patung), upacara makan-makan (BBQ), penyampaian anugerah-anugerah, dan penyampaian sijil (bagi yang diraikan).









Majlis sambutan yang ringkas tetapi penuh bermakna itu tamat sekitar jam 12 tengah malam. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua ahli TTS yang telah menjayakan dan memeriahkan majlis sambutan ini.
Akhir sekali, kepada ahli-ahli TTS yang bakal meninggalkan UTP ini, TTS mengucapkan selamat maju jaya untuk perjalanan kalian yang seterusnya. Jutaan terima kasih atas jasa yang telah kalian taburkan sepanjang penglibatan kalian di dalam TTS. Semoga segala tunjuk ajar yang diberikan dapat dimanfaatkan oleh generasi pewaris TTS demi membawa TTS lebih jauh lagi.
Sekian.
As we go on
We remember
All the times we
Had together
And as our lives change
From whatever
We will still be
Friends Forever
p/s: bacaan lanjut di blog Akin dan SEFA
7 kritikan :
Chaya la daus..
semoga TTS maju jaya..
dan menjadi kebanggaan kita semua..
hehehehehe..
ameen~~
tme kasih kpd sume yg menjayakan farewell party tersebut. n sori jgk sbb tersalah buat kad jemputan tu. haha
memory~~~
teringat kek malam tu...
sape ada tangkap gambar kek???
nak...
I think they are going to leave with a chunk of my heart....
terima kasih semua...
ada je gambar kek. tapi ada muka din sekali la~
Post a Comment