Buat makluman semua, kumpulan teater alumni TTS iaitu The Qum Actors akan beraksi di pentas auditorium Taman Budaya KL sempena Festival Teater Wilayah Persekutuan 2009 seperti yang tertera di dalam poster.
Sehubungan dengan itu, seluruh warga TTS diajak untuk sama-sama memberikan sokongan padu pada The Qum Actors dalam mementaskan karya Dr Shark berjudul "Miao Miao Sang Arnab" (MMSA) yang pernah menjadi naib juara pada FTP 2004.
The Qum Actors yang baru ditubuhkan awal tahun ini akan bertanding dengan beberapa kumpulan teater yang lain sekitar Kuala Lumpur.
Berikut disenaraikan teater-teater yang dipertandingkan:
1 Julai 2009
Kemarau Musim Tengkujuh ( Kelab Kilat Tenaga Nasional Berhad)
5 Julai 2009
Beringin Merah ( Beringin Entertainment)
7 Julai 2009
Anak Bulan Di Kampung Wa' Hassan ( Kumpulan Pelakon Universiti Malaya)
Karya Alfian Sa'at. Sebuah monodrama.
Pelakon UM telah menjuarai FTKL 2007.
8 Julai 2009
Pygmalion ( Kelab Budaya Malaysia)
10 Julai 2009
Peristiwa Di Zoo ( Mekar Budaya Production)
Adaptasi "The Zoo Story" oleh Edward Albee
Mekar Budaya telah menjadi naib juara pada FTKL 2007 dengan karya "Melati & Melur"
12 Julai 2009
Dogma ( KGB Entertainment Services)
Kumpulan Giat Budaya. Karya Roydy Rokidy.
14 Julai 2009
Pegawai Khalwat ( Kelab Kilat Tenaga Nasional Berhad)
16 Julai 2009
Sasau ( Angkatan Kesenian Sarwa Sejagat /Khaz Venture Sdn Bhd )
Turut menyertai FTKL 2007 dengan karya "Sesat". TTS juga pernah mementaskan karya ini pada tahun 2007 di UTP.
17 Julai 2009
Pemain ( Kelab Teater Kota Kuala Lumpur)
19 Julai 2009
Negeri Kebayan ( Sek. Taman Koperasi Polis Kuala Lumpur)
21 Julai 2009
Miao Miao Sang Arnab (The Qum Actors)
23 Julai 2009
Telefon ( Kelab Teater Kota Kuala Lumpur)
25 Julai 2009
Cincin Belah Rotan ( Kelab Teater Kota Kuala Lumpur)
Teater kanak-kanak.
27 Julai 2009
Subuh ( Kupas Production)
29 Julai 2009
Transit ( Ilham Art Event Management Services)
Judulnya sama dengan Transit, karya Dr Shark.
31 Julai 2009
Jebat ( Dramatis Camar Pesona)
Karya Hatta Azad Khan. TTS baru saja mementaskannya sewaktu FTP 2009.
1 Ogos 2009
Perempuan ( Sarraroses Management)
1 Ogos 2009
Monolog 'D' oleh Shariza Mahmud
Sebarang info akan dikemaskini dari masa ke semasa.
Alumni TTS (The Qum Actors) di Festival Teater KL
Wednesday, June 24, 2009Tulisan Akin Muhammad pada 9:45 AM 7 kritikan
Puisi: MARAH
Sunday, June 14, 2009
Kau marah, Nampak dari mukamu yang merah, Mengapa marah? Menggunung duka, lautan masalah Sudah ada yang tertumpah darah? Kau marah, Sesiapa saja kau anggap bersalah, Kalau aku katakan kau kalah? Lama kau kalah dengan amarah… Benar juga kita manusia, Terkadang tak dihargai…sia-sia, Kau soal di mana terima kasih? Namun, yang patut diterima kasih…Siapa? Usahlah kesal untuk beramal, Andai mereka tak melihat…Demi DIA, DIA Melihat, Nabi dan yang soleh menjadi saksi yang kuat… Marah yang tak terbendung itu barah, Usahakan penawar agar ia kurang terserlah, Malah bukankah ia mazmumah? Yang perlu kau ubah… Berhakkah kau marah? Sedarkah kau sudah lama DIA marah, Berapa banyak kebaikan telah kau lakukan, Namun lebih banyak nikmat yang kau lupakan… Jadi…Masihkah marah? oleh pacel (ex-TTS & ketua kumpulan Qum Actors)
Tulisan Half pada 10:49 PM 9 kritikan
Label Puisi
Keputusan Penuh Festival Teater Perak 2009
Wednesday, June 10, 2009
[Dikemaskini pada Jumaat, 12 Jun 2009]
Buat makluman semua, berikut adalah senarai teater yang dipertandingkan di dalam Festival Teater Perak 2009:
KATEGORI MONOLOG
- "Issandra" (Lakonan Fitri Nadianti Zulaidy, Persatuan Karyawan Perak - karya J Jamal)
- "Petalawati Diri" (Lakonan A Rahman a.k.a Farouk, Badan Budaya Perak - karya Ismail Kassan)
- "Tok Janggut" (Lakonan Dr Shark, UTP Tronoh Theatre Shop - karya Salju Putih & Dr Shark)
KATEGORI NGO/IPT
- "Raja Lawak", Zakaria Ariffin (Persatuan Karyawan Perak)
- "Malam Jahanam", Motinggi Busye (UiTM Sri Iskandar)
- "Penunggu Pusaka", Zakaria Ariffin (IPD Gerik - Kumpulan Teater Sri Kandi)
- "KUN", (Penjara Tapah - TEPTAP)
- "Imbas", Hashim Yasin (PBWMNP - Oni Moraza Group)
- "Permakaman Kaduk", Jamali Satari (Kolej Cosmopoint Ipoh)
- "Jebat", Hatta Azad Khan (UTP -Tronoh Theatre Shop)
- "Perempuan Itu Bernama Barabah", Motinggi Busye (UPSI - Fakulti Seni Muzik)
- "Wan Cantuk", Shahrom Husain (Badan Budaya Perak)
- "Inflakasta", Hashim Yasin (PBBSP - Bangsawan)
KATEGORI KANAK-KANAK
- "Dendang Kartini" (Persatuan Karyawan Perak - J Jamal)
Dan keputusan rasmi Festival Teater Perak 2009 yang diumumkan pada malam 8 Jun 2009 adalah seperti berikut:
KATEGORI MONOLOG:
Pengarah terbaik : J. Jamal
Monolog terbaik : Issandra
KATEGORI NGO/IPT:
Johan : “Imbas”
Naib Johan : “Perempuan Itu Bernama Barabah”
Tempat ketiga : “Jebat”
Set Terbaik - “Jebat”
Pelakon Harapan Wanita Terbaik - ("Malam Jahanam")
Pelakon Harapan Lelaki Terbaik - Jebat ("Jebat")
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik - Timah (”Imbas”)
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik - Busu (”Penunggu Pusaka”)
Pelakon Wanita Terbaik - Barabah (“Perempuan Itu Bernama Barabah”)
Pelakon Lelaki Terbaik - Banio (”Perempuan itu Bernama Barabah”)
Pengarah Terbaik - "Imbas"
Imbasan komen-komen ketua juri, En Hassan Jali terhadap keseluruhan pementasan FTP 2009:
"Mutu dan kualiti persembahan sederhana"
"Pelakon tidak menggunakan ruang pentas sepenuhnya"
"Skrip yang dibawa adalah skrip lama dalam 10-20 tahun yang lalu"

[Gambar kenangan team "Jebat & Tok Janggut" UTP - Tronoh Theatre Shop - FTP 2009 selepas menerima hadiah-hadiah]
Syabas dan tahniah diucapkan kepada team "Jebat & Tok Janggut" UTP - Tronoh Theatre Shop.
Syabas dan tahniah juga kepada semua pemenang.
Semoga industri teater di Perak akan berkembang lebih maju, khususnya dan maju di seluruh tanah air, amnya.
Tweet
Tulisan Akin Muhammad pada 8:55 AM 32 kritikan
Suara TTS - Keputusan Festival Teater Perak, siaran langsung dari Taman Budaya Perak
Monday, June 8, 2009
Ramai penyokong, penonton dan peminat setia ternanti-nanti, apakah keputusan Festival Teater Perak 2009 pada tahun ini? Adakah TTS akan muncul juara ataupun tidak dalam kategori teater dan monolog? Apa pendapat saudara? Inilah debaran yg dialami oleh seluruh warga TTS. Sementara itu, beberapa ahli TTS akan mempersembahkan mime di malam keputusan Festival Teater Perak 2009 yg berlangsung di Taman Budaya Negeri Perak. Berikut adalah gambar-gambar disebalik tabir pementasan Jebat dan monolog Tok Janggut:
*ucapan ribuan terima kasih khas kepada zai, pacel, giah, zul, shahrin, helmi, morthi, dan cik mad yg menolong secara langsung dan tak langsung.
Tulisan Half pada 10:19 PM 17 kritikan
Monolog Tok Janggut malam ini
Saturday, June 6, 2009dalam
PERTANDINGAN FESTIVAL TEATER PERAK 2009
pada
6 Jun 2009 (Ahad)
Jam 830 malam
di
Taman Budaya Ipoh, Perak.
Masuk PERCUMA
Semoga Allah merahmati kita semua.
Tulisan Anwar Samad pada 9:24 PM 7 kritikan
Mengaharapkan Kemenangan Jebat untuk FTP 2009.
Maka berakhir sudah kisah Akademi Tronoh Theatre Shop (ATTaS) yang telah mementaskan teater bertajuk Jebat di Taman Budaya Perak Ipoh, Perak pada 5 Jun 2009. Pertandingan pertama yang disertai oleh Tronoh Theatre Shop tanpa melibatkan pengasas Tronoh Theatre Shop iaitu Dr Shark. Ini membuktikan bahawa semua ahli Tronoh Theatre Shop berupaya berdikari dalam melaksanakan apa sahaja tugas yang diberi. Kami dari pihak Tronoh Theatre Shop sangat menghargai segala pertolongan yang telah dihulurkan dari pelbagai pihak terutamanya Universiti Teknologi PETRONAS, dan juga Taman Budaya Ipoh, Perak dalam menjayakan pementasan Jebat kali ini. Kami juga menghargai bantuan dan sokongan dari pelbagai pihak lain sama ada secara langsung mahupun tidak langsung.
Dari segi kualiti pementasan Teater, penulis secara peribadi berasa bangga dengan tahap persembahan semua pelakon dan kesan teknikal yang dipersembahkan. Maklum balas dari pelbagai pihak juga berpuas hati dengan keseluruhan persembahan Jebat ini. Pelbagai masalah yang dihadapi sepanjang program ini telah dihadapai dengan tabah dan jayanya oleh kesemua krew. Kesemua kejayaan yang telah dicapai pada petang tersebut adalah hasil usaha semua pihak secara langsung mahupun tidak langsung sejak sekian lama lagi.
Kali ini, kami ingin memaparkan gambar-gambar para pelakon dan technical team Jebat 2009.



Jangan lupa menonton monolog TOK JANGGUT yang akan dipentaskan pada AHAD ini, 7 JUN 2009 di Taman Budaya Ipoh. Lakonan Dr SHARK. Masuk adalah PERCUMA. TTS juga akan membuat satu persembahan selama 10 minit pada malam pengumuman keputusan Festival Teater Perak 2009 pada hari Isnin jam 830 malam.
Tulisan Anwar Samad pada 7:08 PM 4 kritikan
TEATER JEBAT HARI INI
Friday, June 5, 2009
JEBAT
dalam
PERTANDINGAN FESTIVAL TEATER NEGERI PERAK 2009
datang lah beramai-ramai pada hari ini
jam 3.00 petang
di
TAMAN BUDAYA IPOH, PERAK
semoga ALLAH merahmati kami semua.
Tulisan Anwar Samad pada 7:17 AM 1 kritikan
2 Jun – Selasa (Hari Kelima)
Tuesday, June 2, 2009
Gandingan anatara pelakon dan teknikal team.
Pada hari ini, keadaan agak sibuk di mana latihan bahagian kedua akan diadakan. Sebenarnya Teater ini telah dibahagi kepada dua bahagian bagi memudahkan latihan. Dan latihan bahagian pertama telah selesai. Kini tibalah giliran bahagian kedua untuk pelakon berlatih. Pagi ini, latihan fizikal diminimumkan untuk memberikan lebih masa kepada krew Jebat untuk melakukan latihan pada pukul 10 pagi ini. Latihan fizikal Cuma ditumpukan hanya pada warm up, tai-chi dan juga sedikit latihan improvisasi. Pada awal perancangan, selepas latihan fizikal, krew jebat akan berkelah ditepi tasik sambil memakan roti. Namun, kerana beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan telah berlaku, krew jebat terpaksa menagguh rancangan ini keesokan harinya.
Antara gambar yang sempat diambil selepas tamat latihan
Pada latihan pukul 10, beberapa latihan kecil terpaksa dibuat kerana kekurangan pelakon. Namun, masa yang luang digunakan untuk membantu team management untuk menyiapkan prop yang ada, termasuk aksesori para pegawai istana. Namun pada petang itu, para pelakon tetap meneruskan latihan, walaupun kekurangan pelakon. Cik Pengetua telah membuat beberapa lagi modifikasi pada bahagian kedua cerita ini, dan para pelakon dapat menyesuaikan diri dengan mudahnya. Pada malamnya, latihan disambung di MPH dan penggunaan kesan cahaya, audio digunakan atas bantuan Abang Khairul. Beberapa teguran telah dibuat dan pembetulan dibuat pada mana-mana babak yang nampak tidak kena. Segala nasihat dan teguran perlu diambil dengan hati terbuka. Nasihat dan teguran datang dari semua pihak termasuk para alumni Tronoh Theatre Shop sendiri. Berikut adalah antara petikan dari nasihat mereka:
Teater adalah cara kita berdakwah jadi IKHLAS – Pacel
Be natural, enjoy yourself - Lutfi
All the best untuk semua. Enjoy every moment atas pentas tu! – Kapten
"Pening kepala aku.." kata Din sambil diperhatikan oleh Khairil. Iqbal (berbaju putih) merupakan salah seorang teknikal team.
Pencerita bagi cerita Jebat- Aini
Tulisan Anwar Samad pada 11:53 PM 1 kritikan
1 Jun – Isnin (Hari keEmpat)
Suasana pagi di padang futsal V5
Teringat pada masa zaman kanak-kanak dahulu, permainan baling selipar merupakan permainan yang tidak asing bagi kebanyakan kanak-kanak. Selepas hampir 13 tahun meninggalkan permainan ini, perasaan keseronokan bermain permainan ini muncul kembali. Permainan ini memerlukan semangat berpasukan yang tinggi dan daya tumpuan penuh untuk memenanginya. Strategi setiap pasukan juga berbeza dan unik. Pada latihan fizikal pagi ini, permainan baling selipar antara kumpulan Aini dan kumpulan Fauzan. Pada awalnya kumpulan Fauzan diberi laluan untuk memulakan permainan. Mereka berjaya menyusun selipar dengan jayanya. Namun kemenangan mereka dipersoalkan kerana menggunakan selipar lain.
Kumpulan Aini sedang mengatur strategi
Seterusnya kumpulan Fauzan meneruskan lagi permainan dimana pada kali ini seorang demi seorang pemain gugur kerana dibaling dek selipar jepun. Seterusnya, Kumpulan Aini meneruskan permainan. Mereka menggunakan strategi “berani mati” dengan mengorbankan ahli-ahli kumpulan mereka untuk mecapai matlamat mereka, menyusun selipar dengan jayanya. Akhirnya mereka berjaya memenangi permainan ini. Permainan tamat tepat pukul 830 pagi.
Kumpulan Fauzan sedang menjalankan taktik reverse psikologi
Latihan Jebat diteruskan pada petang ini dengan dimulakan dengan warm up dan passing energy. Permainan ini dapat menaikkan semangat semua orang dan meningkatkan daya kosentrasi para pelakon. Selepas itu, Shafik memperkenalkan sebuah permainan yang dipelajarinya semasa kelas Drama and Theatre beberapa ketika dahulu, iaitu Bippettybob. Berbagai gelagat dapat diperhatikan semasa permainnan ini dijalankan. Wajah riang dan gembira terukir pada setiap krew Jebat. Setelah puas bermain, latihan Jebat disambung semula. Kali ini perubahan baru dibuat terutama pada scene Sultan, Dato Bendahara, Orang Kaya dan Orang Kampung. Beberapa teguran telah dibuat kepada beberapa pelakon untuk memperbaiki teknik lakonannya. Tepat jam 12 tengahari, latihan tamat dan para krew bergegas ke kedai MAMA (kedai makan kegemaran Nik, Firdaus dan Ermi) untuk makan tengahari.
Timmy, Acap dan Fauzan sedang berlatih.
Pada malamnya, latihan teknikal bermula untuk kali pertamanya. Dengan bantuan Abang Lehan, para krew teknikal dapat membuat latihan teknikal (diketuai oleh Tuya, Anip dan Din) dengan jayanya. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa kekurangan dari segi urutan para pelakon kerana salah seorang pelakon iaitu Ermi kurang sihat pada hari ini. Pada malam ini, Cik Pengetua telah mengeluarkan deklarasi untuk menghalang para pelakon dari meminum minuman berais untuk mengelakkan kekurangan mutu suara para pelakon. Namun pada malam ini, secara kasarnya segalanya berjalan dengan lancar. Semoga Allah merahmati kami semua. Aaminnnn.
Tulisan Anwar Samad pada 1:34 AM 3 kritikan